MOTIVASI UNTUK MEMIMPIN GURU

Authors

  • Zurinawati Hamzah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Rosnah Ishak Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Motivasi Untuk Memimpin, Kepimpinan Guru, Guru Sekolah

Abstract

Kertas konsep ini meneliti motivasi untuk memimpin dalam kalangan guru sekolah menengah di Malaysia. Berdasarkan literatur dan kajian terdahulu, motivasi untuk memimpin adalah faktor penting dalam pembangunan kepimpinan guru yang berkesan. Kertas ini meneroka peranan pelbagai faktor seperti keperibadian, nilai kepimpinan, efikasi kendiri, dan pengalaman kepimpinan sebelumnya dalam membentuk motivasi untuk memimpin. Selain itu, kertas ini juga membincangkan dimensi bagi motivasi untuk memimpin yang terdiri daripada identiti afektif, normatif sosial dan bukan kalkulatif serta kepentingan program pembangunan profesional yang menyokong guru dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka. Tinjauan literatur mendapati konsep motivasi untuk memimpin telah lama dipraktikkan di luar negara namun masih baru di Malaysia serta menunjukkan guru yang bermotivasi untuk memimpin mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pencapaian pelajar, serta memainkan peranan penting dalam pembaharuan dan kecemerlangan sekolah. Kajian ini memberi implikasi kepada pentadbir sekolah untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan kepimpinan yang komprehensif bagi memperkasa guru sebagai pemimpin pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Zurinawati Hamzah, & Rosnah Ishak. (2024). MOTIVASI UNTUK MEMIMPIN GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(55). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/4314