PENGARUH MODUL APLIKASI MINDFULNESS DAN PSIKO-PENDIDIKAN (MAM-P) DALAM MENSTABILKAN KRISIS MENTAL DAN DENYUTAN NADI
Keywords:
Denyutan Nadi, Krisis Psikologi, Kesejahteraan Mental, Mindfulness, Psiko-PendidikanAbstract
Kajian ini menilai keberkesanan Modul Aplikasi Mindfulness dan Psiko-Pendidikan (MAM-P) dalam mengurangkan kadar denyutan nadi dan tahap krisis psikologi. Enam klien wanita yang mengalami krisis mental menerima intervensi MAM-P di empat hospital dan sebuah klinik kesihatan di Kelantan. Temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen digunakan untuk mendapatkan data kualitatif. Dapatan menunjukkan penurunan ketara dalam kadar denyutan nadi dan tahap krisis selepas intervensi. MAM-P didapati berkesan dalam menstabilkan respons fisiologi dan mengurangkan tekanan psikologi. Kajian ini menyokong potensi MAM-P sebagai intervensi holistik untuk meningkatkan kesejahteraan mental dalam situasi krisis. Walau bagaimanapun, keberkesanan jangka panjang mungkin memerlukan latihan berterusan dan sokongan tambahan. Kajian masa hadapan harus menilai keberkesanan jangka panjang MAM-P dalam pelbagai populasi dan meneroka integrasi teknologi untuk meningkatkan akses dan hasil intervensi.