MENGUASAI PERTUTURAN DALAM UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET): KAJIAN CABARAN DAN PELUANG PENINGKATAN
MASTERING SPEAKING IN THE MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET): A STUDY OF CHALLENGES AND OPPORTUNITIES FOR IMPROVEMENT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.956002Keywords:
Cabaran (Challenges), Prestasi Pertuturan (Speaking Performance), Strategi Pengajaran (Teaching Strategies), Kosa Kata (Vocabulary Challenges), Ujian Pertuturan MUET (MUET Speaking Test)Abstract
Menguasai kemahiran bertutur telah lama menjadi cabaran besar bagi pembelajaran bahasa. Hal ini memerlukan pembangunan strategi pengajaran yang berkesan untuk menangani aspek penting dalam penguasaan bahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh calon-calon Malaysian University English Test (MUET) semasa penilaian bertutur. Soal selidik yang merangkumi pelbagai komponen pengucapan telah digunakan untuk mendapatkkan gambaran mengenai kesukaran yang dihadapi oleh calon-calon ini. Data kajian dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif di mana kebolehpercayaan instrumen soal selidik diuji dengan menggunakan ujian Cronbach Alpha, dan pekali alpha yang diperoleh melebihi 0.70 menunjukkan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa calon menganggap kosa kata (vocabulary) sebagai komponen yang paling mencabar semasa bertutur dalam bahasa Inggeris dengan skor min tertinggi iaitu 3.43. Dapatan ini menunjukkan keperluan bagi pengajar bahasa Inggeris untuk memberi lebih tumpuan kepada penguasaan kosa kata calon bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih yakin tanpa dihalangi oleh batasan leksikal. Penemuan kajian ini penting kerana memberikan pandangan yang berharga kepada pengajar bahasa Inggeris mengenai cabaran yang dihadapi oleh calon semasa bertutur dalam bahasa Inggeris. Dengan pemahaman ini, pengajar boleh merangka strategi pengajaran yang lebih tepat dan mengubahsuai modul pembelajaran untuk meningkatkan tahap kecekapan keseluruhan calon.
Mastering speaking skills has long been a significant challenge in language learning. This requires the development of effective teaching strategies to address key aspects of language acquisition. This study aims to identify the challenges faced by candidates of the Malaysian University English Test (MUET) during the speaking assessment. A questionnaire covering various components of speech was used to gain insights into the difficulties encountered by these candidates. The study’s data were analyzed using a descriptive quantitative approach, with the reliability of the questionnaire instrument tested using Cronbach’s Alpha, and an alpha coefficient exceeding 0.70 indicating the reliability of the instrument. Descriptive analysis results showed that candidates regarded vocabulary as the most challenging component when speaking in English, with the highest mean score of 3.43. These findings suggest the need for English instructors to focus more on improving candidates’ vocabulary mastery to enable them to communicate more confidently without being hindered by lexical limitations. This study’s findings are important as they provide valuable insights for English instructors into the challenges candidates face when speaking in English. With this understanding, instructors can design more effective teaching strategies and adapt learning modules to improve the overall proficiency of candidates.