FAKTOR PERAMAL TERHADAP NIAT UNTUK BERHENTI SEKOLAH
THE PREDICTIVE FACTORS OF INTENTION TO SCHOOL DROPOUT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.956010Keywords:
Efikasi (Eficacy), Keciciran (Dropout), Niat (Intention), Pendidikan (Education), Psikologi (Psychology)Abstract
Keciciran murid telah menjadi isu kritikal yang menarik perhatian global, dengan implikasi yang mendalam terhadap pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara pada masa depan. Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh mencetuskan kesan jangka panjang yang negatif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal utama seperti tujuan hidup, minat terhadap pembelajaran, dan efikasi kendiri akademik dalam mempengaruhi niat murid untuk berhenti sekolah. Pendekatan kuantitatif sepenuhnya digunakan untuk menguji hipotesis yang dirumuskan. Seramai 386 orang murid tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian, menggunakan teknik pensampelan kelompok dan rawak mudah. Empat instrumen yang telah diadaptasi telah digunakan, iaitu General Self-Efficacy Scale , Prospective Life Course Questionnaire, Academic Motivation Scale, dan Intention to Leave Instrument. Analisis data dilakukan menggunakan perisian IBM Statistics versi 29, bagi analisis statistik deskriptif dan inferensi iaitu ujian t sampel bebas serta regresi berganda untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam niat berhenti sekolah, tujuan hidup, efikasi kendiri akademik, dan minat terhadap pembelajaran berdasarkan jantina. Kajian ini juga mendapati bahawa 22% varians dalam pemboleh ubah peramal menyumbang secara signifikan kepada niat untuk berhenti sekolah. Penemuan kajian ini memberikan sumbangan penting dalam bidang psikologi pendidikan, khususnya dalam merangka strategi intervensi yang lebih efektif untuk mengurangkan kadar keciciran murid di sekolah.
Student dropout has become a critical issue that has garnered global attention, with profound implications for the social and economic development of a nation in the future. If not effectively addressed, this issue can lead to long-term negative consequences. This study aims to identify key predictor factors such as life purpose, interest in learning, and academic self-efficacy in influencing students' intention to drop out of school. A fully quantitative approach was employed to test the formulated hypotheses. A total of 386 fourth-year secondary school students were selected as the study sample, using cluster and simple random sampling techniques. Four adapted instruments were used, namely the General Self-Efficacy Scale, the Prospective Life Course Questionnaire, the Academic Motivation Scale, and the Intention to Leave Instrument. Data analysis was conducted using IBM Statistics version 29 for descriptive and inferential statistical analyses, including independent sample t-tests and multiple regression, to address the research questions. The findings revealed significant differences in dropout intention, purpose in life, academic self-efficacy, and interest in learning based on gender. Additionally, the study found that 22% of the variance in predictor variables significantly contributed to students' intention to drop out. These findings provide valuable insights into the field of educational psychology, particularly in developing more effective intervention strategies to reduce the rate of student dropout in schools.