PENERIMAAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM KALANGAN MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA

THE ACCEPTANCE OF PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES COURSE AMONG STUDENTS AT THE UNIVERSITI MALAYA

Authors

  • Faezah Kassim Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Malaysia
  • Mohd Rahimi Ramli Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Malaysia
  • Muhammad Shamshinor Abdul Azzis Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Malaysia
  • Irene Yong Seok Ching Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Malaysia
  • Noor Ain Mat Nor Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Malaysia
  • Fatimi Hanafi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.956025

Keywords:

Falsafah Dan Isu Semasa (Philosophy And Current Issues), Kemahiran Insaniah (Soft Skills), Pelajar (Student), Penerimaan (Acceptance), Pengetahuan (Knowledge), UM (UM)

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa yang ditawarkan di Universiti Malaya merupakan kursus wajib dan menjadi syarat untuk bergraduat. Kedudukan kursus ini dalam struktur pengajian sarjana muda menunjukkan kepentingannya dalam membentuk graduan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun begitu, kursus Falsafah dan Isu Semasa ini perlu dilihat kesesuaian dan penerimaan pelajar terhadap subjek ini bagi membolehkan kelemahan diperbaiki dari aspek isi kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan mahasiswa terhadap isi kandungan, pencapaian kemahiran insaniah dan aplikasi pengetahuan daripada kursus ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan menganalisis secara deskriptif mengenai maklum balas pelajar di Universiti Malaya terhadap kursus ini melalui edaran borang soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa, kursus dan isi kandungan atau silibus kursus FIS dapat diterima oleh sebahagian besar pelajar. Pencapaian atribut KKM pembelajaran sepanjang hayat oleh pelajar juga baik. Pelajar yang telah mengambil kursus ini juga dapat mengaplikasi domain pemikiran dalam membincangkan isu semasa. Mereka juga akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang falsafah di dalam bidang lain atau kehidupan seharian mereka.

The Philosophy and Current Issues course offered at Universiti Malaya is a compulsory subject and a graduation requirement. Its position within the undergraduate curriculum highlights its significance in shaping graduates in alignment with the National Educational Philosophy. However, it is essential to evaluate the course's suitability and acceptance among students to identify and address potential weaknesses in its content and teaching methods. This study aims to assess students' acceptance of the course content, the development of soft skills, and the application of knowledge gained from the course. A quantitative research method was employed, involving a descriptive analysis of student feedback collected through questionnaires distributed at Universiti Malaya. The findings indicate that the majority of students positively received the Philosophy and Current Issues course, including its content and syllabus. The development of the lifelong learning attribute, as outlined in the Malaysian Qualification Framework (MQF), is also commendable. Additionally, students who completed the course demonstrated the ability to apply philosophical thinking in discussing current issues and integrating philosophical knowledge into other fields and daily life.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-18

How to Cite

Faezah Kassim, Mohd Rahimi Ramli, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, Irene Yong Seok Ching, Noor Ain Mat Nor, & Fatimi Hanafi. (2024). PENERIMAAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA DALAM KALANGAN MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA: THE ACCEPTANCE OF PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES COURSE AMONG STUDENTS AT THE UNIVERSITI MALAYA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(56). https://doi.org/10.35631/IJEPC.956025