PEMERKASAAN HAK WANITA DALAM PERKAHWINAN DI MALAYSIA: PERSPEKTIF PEGUAM SYARIE & PENGAMAL KAUNSELING KELUARGA

EMPOWERMENT OF WOMEN'S RIGHTS IN MARRIAGE IN MALAYSIA: PERSPECTIVE OF SYARIAH LAWYERS AND FAMILY COUNSELING PRACTITIONERS

Authors

  • Nur Azmina Paslan Jabatan Pengajian Pendidikan dan Sains Tingkah Laku, Fakulti Pendidikan Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.956026

Keywords:

Kaunseling Keluarga (Family Counselling), Keganasan (Violence), Perkahwinan (Marriage), Penceraian (Divorce), Perundangan (Legislation)

Abstract

Perundangan Islam memberikan hak yang jelas kepada wanita Islam dalam konteks perkahwinan dan keluarga. Kajian ini bertujuan meneliti hak-hak wanita sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, merangkumi hak sebelum perkahwinan, semasa dalam perkahwinan, dan selepas penceraian. Peningkatan kes perceraian yang disebabkan oleh faktor kewangan, komunikasi, dan konflik rumah tangga turut memberikan tekanan besar kepada wanita. Kekurangan kesedaran mengenai hak-hak mereka juga menjadi halangan utama dalam mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Pendekatan kajian ini melibatkan analisis dokumen perundangan dan kajian perpustakaan dari perspektif Peguam Syarie dan pengamal kaunseling keluarga. Hasil kajian merumuskan bahawa terdapat kaitan yang erat antara elemen perundangan syariah dan pendekatan kaunseling dalam menyelesaikan konflik keluarga serta memperkasakan hak wanita. Pendekatan kaunseling sebagai medium penyelesaian konflik dapat membantu mengimbangi pelaksanaan undang-undang dalam kes-kes yang melibatkan keganasan rumah tangga dan perceraian. Kajian ini menyimpulkan bahawa pemerkasaan hak wanita dalam perkahwinan dan keluarga memerlukan kerjasama erat antara institusi dan pengamal undang-undang dan pengamal kaunseling keluarga, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak-hak wanita dalam perkahwinan.

Islamic law provides clear rights to Muslim women in the context of marriage and family. This study aims to examine women's rights as enshrined in the Islamic Family Law Enactment, encompassing rights before marriage, during marriage, and after divorce. The rise in divorce cases caused by financial issues, communication breakdowns, and domestic conflicts places significant pressure on women. A lack of awareness about their rights is also a major barrier to achieving proper justice. This study adopts a research approach involving the analysis of legal documents and a review of library materials from the perspective of Shariah lawyers and family counselling practitioners. The findings highlight a strong connection between elements of Shariah law and counselling approaches in resolving family conflicts and empowering women's rights. Counselling approaches, as a medium for conflict resolution, can help balance the implementation of laws in cases involving domestic violence and divorce. The study concludes that empowering women's rights in marriage and family requires close collaboration between institutions, legal practitioners, and family counselling practitioners, alongside raising public awareness about women's rights in marriage.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-19

How to Cite

Nur Azmina Paslan. (2024). PEMERKASAAN HAK WANITA DALAM PERKAHWINAN DI MALAYSIA: PERSPEKTIF PEGUAM SYARIE & PENGAMAL KAUNSELING KELUARGA: EMPOWERMENT OF WOMEN’S RIGHTS IN MARRIAGE IN MALAYSIA: PERSPECTIVE OF SYARIAH LAWYERS AND FAMILY COUNSELING PRACTITIONERS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(56). https://doi.org/10.35631/IJEPC.956026