EDUFLUENCER SEBAGAI ROLE MODEL KEPADA PELAJAR
EDUFLUENCER AS A ROLE MODEL TO STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.956034Keywords:
Edufluencer (Edufluencer), Pempengaruh (Influencer), Media Sosial (Social Media), Pengaruh (Influence), Nilai Murni (Virtues), Suri Teladan (Role Model)Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis strategi Edufluencer sebagai suri teladan kepada pelajar dalam membudayakan nilai-nilai murni. Edufluencer adalah pempengaruh pendidikan yang mempromosikan produk, falsafah atau amalan pendidikan tertentu mengikut kepakaran masing-masing melalui ruang media sosial. Edufluencer berkongsi kaedah pengajaran digital yang kreatif di atas talian serta menyebarkan kepakaran mereka kepada semua pelajar dan guru di alam maya. Edufluencer memainkan peranan yang drastik dan mempengaruhi pelajar yang mengikuti akaun Edufluencer di atas talian. Pengaruh Edufluencer tidak hanya terbatas kepada ilmu pengetahuan malah mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengikut mereka. Pelajar yang mengikuti Edufluencer kesukaan mereka menganggap Edufluencer sebagai sumber inspirasi dan meniru gaya hidup Edufluencer dalam pelbagai aspek. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temubual separa berstruktur dan mendalam. Seramai empat orang Edufluencer yang memenuhi kriteria kajian iaitu kategori Nano-Edufluencer dipilih melalui persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati terdapat empat tema utama Edufluencer menggunakan pelbagai aspek dalam mempengaruhi pengikut untuk menerapkan nilai-nilai murni iaitu keaslian konten, aspek bahasa, aspek penampilan dan aspek gaya hidup melalui siaran mereka. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa Edufluencer bukan sahaja mempengaruhi ilmu pengetahuan malah aspek-aspek lain juga turut dipengaruhi dengan konten persuasif mereka. Kesimpulannya, Edufluencer mampu menjadi suri teladan dalam melahirkan generasi yang beradab dan bermoral khususnya generasi muda.
This study aims to analyze the influence of Edufluencer as a role model for students. Edufluencers are educational influencers who promote specific educational products, philosophies or practices according to their respective expertise through the social media space. Edufluencer shares creative digital teaching methods online and spreads their expertise to all students and teachers in the virtual world. Edufluencer plays a drastic role and influences students who follow Edufluencer accounts online. The influence of Edufluencer is not only limited to knowledge but also influences the attitude and behavior of their followers. Students who follow their favorite Edufluencers consider Edufluencers as a source of inspiration and emulate the Edufluencer lifestyle in various aspects. This study uses a qualitative approach which is in-depth interview. A total of four Edufluencers who meet the study criteria, namely the Nano-Edufluencer category, were selected through purposive sampling. The research data was analyzed using a thematic approach. The results of the study found that there are four main themes of Edufluencer using various aspects in influencing followers to apply pure values, namely content authenticity, language aspects, appearance aspects and lifestyle aspects through their broadcasts. The implications of this study show that Edufluencers not only influence knowledge, but other aspects are also influenced by their persuasive content. In conclusion, Edufluencer is able to be a role model in producing a responsible and quality generation, especially the young generation.