KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KESEDIAAN KERJAYA VERSI BAHASA MELAYU

VALIDITY AND RELIABILITY OF THE CAREER READINESS INSTRUMENT IN MALAY VERSION

Authors

  • Siti Aisyah Mohd Nong School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Siti Zuraidah Md Osman School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
  • Muhammad Afzamiman Aripin Department of Advanced Technical and Vocational Education and Training, Faculty of Educational Sciences and Technology, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Mohd Hizwan Mohd Hisham Department of Advanced Technical and Vocational Education and Training, Faculty of Educational Sciences and Technology, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Nor Roselidyawaty Mohd Rokeman Faculty of Technical and Vocational, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.956044

Keywords:

Instrumen Kesediaan Kerjaya (Career Readiness Instrument), Kesahan (Validity), Kebolehpercayaan (Reliability), CVI ( CVI), Kolej Vokasional (Vocational College)

Abstract

Pembangunan instrumen yang baik akan membantu dalam proses penilaian dan kajian lanjutan, memastikan bahawa keperluan dan aspirasi kerjaya pelajar dapat dikenal pasti dan diurus dengan lebih berkesan. Dengan alat penilaian yang disesuaikan dengan budaya dan bahasa tempatan, ia akan meningkatkan ketepatan hasil kajian dan membantu institusi kemahiran menyediakan program latihan yang lebih berfokus dan bermanfaat untuk pelajar, serta meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja. Justeru, kertas kajian ini membincangkan berkenaan dapatan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kesediaan kerjaya dalam versi bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kesediaan kerjaya versi bahasa Melayu. Pengkaji menjalankan pengujian kesahan melalui kaedah Content Validity Index (CVI) dengan melibatkan tiga orang pakar. Kajian rintis pula dijalankan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan instrumen dengan melibatkan seramai 30 sampel pelajar daripada Kolej Vokasional. Terdapat empat elemen kesediaan kerjaya yang dikaji iaitu keprihatinan, perasaan ingin tahu, keyakinan dan rundingan yang melibatkan sebanyak 24 item daripada versi asal. Dapatan menunjukkan nilai CVI keseluruhan yang diperolehi adalah bersamaan 0.86 mencapai tahap yang disarankan dan dapatan nilai Alpha Cronbach (α) bersamaan 0.952 menunjukkan bahawa instrumen tersebut mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Rumusan daripada hasil kajian ini menunjukkan bahawa instrumen kesediaan kerjaya versi bahasa Melayu ini memenuhi kriteria kesahan dan kebolehpercayaan instrumen serta boleh digunakan oleh pengkaji lain pada masa hadapan bagi mengukur tahap kesediaan kerjaya pelajar di Kolej Vokasional.

The development of a good instrument will assist in the assessment and further study processes, ensuring that the career needs and aspirations of students can be identified and managed more effectively. With assessment tools tailored to local culture and language, it will enhance the accuracy of research outcomes and help skill institutions provide more focused and beneficial training programs for students, thereby improving their employability in the job market. Thus, this research paper discusses the findings on the validity and reliability of the career readiness instrument in its Malay version. This study is a survey that employs a quantitative approach to test the validity and reliability of the Malay version of the career readiness instrument. The researcher conducted validity testing using the Content Validity Index (CVI) method, involving three experts. A pilot study was also conducted to obtain the reliability value of the instrument, involving 30 student samples from Vocational Colleges. Four elements of career readiness were studied: concern, curiosity, confidence, and negotiation, involving a total of 24 items from the original version. The findings indicate that the overall CVI value obtained is 0.86, reaching the recommended level, and the Cronbach's Alpha (α) value is 0.952, indicating that the instrument has high validity and reliability. In summary, the results of this study show that the Malay version of the career readiness instrument meets the criteria for validity and reliability and can be used by other researchers in the future to measure students' career readiness levels in Vocational Colleges.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-24

How to Cite

Siti Aisyah Mohd Nong, Siti Zuraidah Md Osman, Muhammad Afzamiman Aripin, Mohd Hizwan Mohd Hisham, & Nor Roselidyawaty Mohd Rokeman. (2024). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KESEDIAAN KERJAYA VERSI BAHASA MELAYU: VALIDITY AND RELIABILITY OF THE CAREER READINESS INSTRUMENT IN MALAY VERSION. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(56). https://doi.org/10.35631/IJEPC.956044