PENGAPLIKASIAN RUKHSAH DALAM KURIKULUM SEKOLAH AGAMA PETANG PERLIS (SAPPS), MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPS)
Keywords:
Pendidikan Fiqh Peringkat Rendah, Pendidikan Islam, Rukhsah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs)Abstract
Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah mengilhamkan sebuah prakarsa Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Rendah dinamakan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs), yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Pada tahun 2018, SAPPs MAIPs dilancarkan bagi memastikan penghayatan Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah terus dipusakai kepada generasi pelapis Perlis, seperti yang dihasratkan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis. Dalam kurikulum SAPPs MAIPs, rukhsah iaitu suatu ketetapan hukum yang disyariatkan disebabkan oleh suatu keuzuran dan kesusahan, telah diterapkan menerusi pengajaran ibadah. Oleh yang demikian, kertas ini mengusahakan analisis pengaplikasian rukhsah dalam kurikulum SAPPs MAIPs.