HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DAN TEMPOH WAKTU FOKUS: IMPLIKASI TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ANTARABANGSA

Authors

  • Nurul Imtiaz Abd Gani Universiti Utara Malaysia
  • Zeety Kartini Abdul Hamid Universiti Utara Malaysia
  • Nurazwani Zakaria Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Gaya Pembelajaran, Tempoh Waktu Fokus, Bahasa Melayu, Pelajar Antarabangsa

Abstract

Mempelajari bahasa baharu boleh menjadi pengalaman yang mencabar kepada pelajar. Dalam dunia global hari ini, keupayaan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam Bahasa Melayu menjadi semakin penting, terutamanya bagi pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dengan pelajar tempatan. Walau bagaimanapun, mempelajari bahasa baharu memerlukan masa dan usaha, dan pelajar mempunyai kesukaran untuk mengimbangi pembelajaran bahasa dengan komitmen akademik dan peribadi. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa pelaksanaan kelas dalam tempoh yang panjang secara berterusan boleh mengurangkan minat dan fokus pelajar dalam kelas. Ini berlaku kerana jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pelajar menjadi lelah dan bosan, dan keadaan ini juga akan membawa kepada kurang pemahaman kepada kandungan pembelajaran yang akan memberi impak negatif kepada pelajar itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik hubungan antara tempoh waktu fokus dan gaya pembelajaran pelajar antarabangsa dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini berpandukan kepada Teori Dunn & Dunn (1992) dan Model ARCS (Keller, 1984). Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM). Soal selidik mengandungi pertanyaan berkaitan dengan tempoh waktu fokus pelajar semasa menjalani sesi pembelajaran Bahasa Melayu dan gaya pembelajaran. Analisis kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif, iaitu pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik secara dalam talian (Google form). Kesimpulannya, pemahaman terhadap tempoh waktu fokus dan gaya pembelajaran pelajar antarabangsa dapat membantu para pendidik dan pembimbing dalam merancang strategi pengajaran yang lebih efektif dan sesuai dengan keperluan individu pelajar. Ini juga memberi implikasi penting dalam merancang kurikulum Bahasa Melayu yang lebih inklusif dan berkesan dalam konteks pendidikan tinggi di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Nurul Imtiaz Abd Gani, Zeety Kartini Abdul Hamid, & Nurazwani Zakaria. (2024). HUBUNGAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DAN TEMPOH WAKTU FOKUS: IMPLIKASI TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ANTARABANGSA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(54). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/500