KEPENTINGAN PENDIDIKAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR DI SABAH: SATU KAJIAN AWAL

Authors

  • Roznaineh Asneh Otinin Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Kampus Shah Alam
  • Musaiyadah Ahmadun Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu

Keywords:

Kepentingan, Pendidikan Akhlak, Pelajar, Sabah

Abstract

Pendidikan akhlak merupakan salah satu cabang ilmu yang sangat penting dalam pembentukan jati diri murid yang unggul. Pendidikan akhlak yang mantap di sesebuah institusi dilihat mampu membantu menangani masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar. Pelbagai pendekatan yang telah dilakukan dalam usaha membendung masalah gejala sosial daripada terus menular, antaranya pengenalan terhadap pendidikan akhlak di sekolah. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kepentingan akhlak dalam kalangan pelajar di Sabah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif, menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk bahan-bahan atau sumber ilmiah yang berkaitan dengan fokus kajian. Dokumen yang dianalisis terdiri daripada jurnal, buku dan tinjauan artikel berkaitan pembentukan akhlak dan moral yang dianalisis secara tematik untuk mengkaji kepentingan akhlak dalam kalangan murid di Sabah. Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa kepentingan pendidikan akhlak dalam kehidupan seharian seperti (i) membentuk jati diri pelajar yang unggul, (ii) melahirkan pelajar yang beradab dan berbudi bahasa, (iii) membentuk semangat persaudaraan sesama pelajar dan (iv) membentuk kesedaran pelajar terhadap kehidupan sosial. Dapat dirumuskan bahawa pendidikan akhlak mampu menerapkan nilai agama Islam dalam diri manusia ke arah membentuk keperibadian insan soleh yang mementingkan kepercayaan dan ketaatan kepada Allah SWT secara mutlak. Kajian ini boleh dijadikan rujukan terutamanya bagi KPM, guru dan juga ibu bapa dalam memperkemaskan penerapan nilai Pendidikan Islam supaya matlamat menghasilkan manusia yang beriman dapat dicapai.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Roznaineh Asneh Otinin, & Musaiyadah Ahmadun. (2024). KEPENTINGAN PENDIDIKAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR DI SABAH: SATU KAJIAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(54). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/510