PENDEKATAN HISBAH KENDIRI DALAM MENANGANI KEMURUNGAN WANITA BEKERJAYA
Keywords:
Pendekatan Hisbah Kendiri, Kemurungan, Wanita, Bekerjaya, Rumah TanggaAbstract
Perubahan fasa endemik Covid-19 memberikan satu fenomena baru dalam kehidupan. Kerap tercatat dalam penerbitan akhbar tentang perihal kemurungan, terutama dalam kalangan wanita bekerjaya. Kemurungan sering dikaitkan dengan tekanan emosi pasangan yang mengakibatkan berlakunya keretakan rumah tangga. Al-Ghazali merupakan tokoh yang banyak membicarakan tentang jiwa dan proses membangunkan jiwa insan. Justeru itu, artikel ini mengkaji pendekatan hisbah kendiri dalam diri wanita bekerjaya bagi membentuk jiwa mutmainnah (jiwa yang tenang) agar dapat menangani berlakunya kemurungan yang berterusan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik yang terdiri daripada 50 soalan. Seramai 48 orang wanita bekerjaya dan berumah tangga dari pelbagai agensi pekerjaan bersetuju menjadi responden. Kajian mendapati hampir 70% responden mengalami gejala kemurungan. Hakikatnya kebaikan hisbah kendiri ini dapat mengawal diri wanita dari tekanan emosi yang terlampau, memberi ketenangan jiwa dan menghindari kebimbangan sepanjang melaksanakan tanggungjawab. Hasil kajian menunjukkan 65% responden yang mengalami tekanan emosi ini mengamalkan pendekatan hisbah kendiri ketika berhadapan dengan kemurungan. Kepentingan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pendekatan hisbah kendiri sebagai rawatan kendiri berasaskan Islam yang dapat menangani gejala kemurungan dalam kalangan wanita bekerjaya dan berumah tangga. Namun mereka perlu konsisten dalam mengaplikasikan pendekatan hisbah kendiri agar pengurusan kerjaya dan rumah tangga terurus serta seimbang.