TAHAP PENGETAHUAN PENDIDIKAN AKIDAH: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG.

Authors

  • Siti Umiyati Mas’od Universiti Teknologi Malaysia
  • Abd Basit Samat @ Darawi Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

Akidah, Fahaman Liberal, Murtad

Abstract

Akidah merupakan satu ikatan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh antara makhuk dan Pencipta. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji elemen pendidikan akidah dapat membina diri pelajar . Pengetahuan akidah pelajar dalam kajian ini adalah berkaitan dengan elemen pembelajaran mereka di sekolah dan dihubungkait dengan pembangunan diri pelajar di sekolah. Instrumen soal selidik dibina adalah melalui proses adaptasi daripada kajian-kajian yang lepas dan penganalisis data dilakukan menggunakan analisis statistic deskriptif menggunakan min dan sisihan piawaian menggunakan perisian SPSS. Kajian tinjauan ini dilakukan secara dalam talian di 15 buah sekolah menengah di Daerah Kluang dan melibatkan seramai 352 orang pelajar.  Dapatan kajian mendapati elemen pendidikan akidah yang ada dalam diri pelajar berada pada tahap yang sangat tinggi dengan skor min 4.84. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input yang berguna dan menjadi sumber inspirasi kepada guru pendidikan islam supaya dapat menggunakan lebih banyak penggunaan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran akidah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Siti Umiyati Mas’od, & Abd Basit Samat @ Darawi. (2024). TAHAP PENGETAHUAN PENDIDIKAN AKIDAH: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(54). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/514