PEMERKASAAN KESEJAHTERAAN DIRI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MELALUI PELAKSANAAN AMALAN SPIRITUAL ISLAM

Authors

  • Siti Zafrina Mohd Zahari Universiti Teknologi MARA, Pahang
  • Asjad Mohamed Universiti Teknologi MARA, Pahang
  • Fauzi Azmi Universiti Teknologi MARA, Pahang
  • Muhammad Muzakkir Othman Universiti Teknologi MARA, Pahang
  • Siti Norma Aisyah Malkan Universiti Teknologi MARA, Pahang
  • Nurul Hidayah Che Hassan Universiti Teknologi MARA, Pahang

Keywords:

Kesejahteraan, Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi, Amalan Spiritual Islam

Abstract

Kesejahteraan diri merupakan aspek penting dalam kehidupan setiap individu tanpa mengira usia dan bangsa. Kehidupan yang mencabar terutama dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi akan membawa mudarat andai tidak memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran mengurus diri yang cukup. Pelbagai masalah kesihatan seperti kemurungan, kebimbangan dan stres boleh mempengaruhi tahap kesejahteraan diri pelajar yang masih menyesuaikan diri dalam proses pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji tentang amalan spritual yang boleh dijadikan panduan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Kertas kerja ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian yang merujuk kepada buku-buku dan artikel-artikel berkaitan amalan kesihatan Rasulullah SAW dan hubungkaitnya dengan bukti penemuan sains moden. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai aspek keilmuan Islam berkaitan kesihatan diri yang merangkumi aspek fizikal, emosi, mental dan spiritual. Kajian ini menunjukkan ilmu spritual Islam wajar diaplikasikan oleh pelajar institusi pengajian tinggi agar kesejahteraan diri dapat diimbangi dengan sebaik-baiknya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Siti Zafrina Mohd Zahari, Asjad Mohamed, Fauzi Azmi, Muhammad Muzakkir Othman, Siti Norma Aisyah Malkan, & Nurul Hidayah Che Hassan. (2024). PEMERKASAAN KESEJAHTERAAN DIRI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MELALUI PELAKSANAAN AMALAN SPIRITUAL ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(54). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/516