KESAN MODUL RESKEM BERDASARKAN TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU BAGI MENINGKATKAN RESILIEN DALAM KALANGAN REMAJA HAMIL LUAR NIKAH
THE EFFECT OF THE RESKEM MODULE BASED ON COGNITIVE BEHAVIOURAL THERAPY IN ENHANCING RESILIENCE AMONG UNMARRIED PREGNANT ADOLESCENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058012Keywords:
Modul RESKEM (RESKEM Module), Resilien (Resilience), Terapi Kognitif Tingkah Laku (Cognitive Behavioural Therapy), Kelompok Bimbingan (Group Guidance), Remaja Hamil Luar Nikah (Unmarried Pregnant Adolescents)Abstract
Kajian eksperimen ini bertujuan untuk menguji kesan Kelompok Bimbingan Modul RESKEM (KBMR) berdasarkan Terapi Kognitif Tingkah Laku (TKT) bagi meningkatkan resilien dalam kalangan remaja hamil luar nikah. Kajian eksperimen ujian pra dan ujian pos ini melibatkan dua pusat perlindungan remaja hamil luar nikah, dengan 35 orang peserta dalam kumpulan rawatan dan 35 orang lagi dalam kumpulan kawalan. Data pra dan pos ujian diukur dengan Soal Selidik Kajian Skala Daya Tahan (Malay-Version) yang diterjemahkan dan diadaptasi dari The Resilience Scale (Wagnild & Young, 1993) oleh Amalia Madihie, Sidek Mohd Noah, Maznah Baba, & Wan Marzuki Wan Jaafar (2016). Subjek kelompok rawatan diberi bimbingan kelompok selama enam minggu. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, MANOVA dan MANCOVA. Kajian mendapati rawatan Modul RESKEM dengan Terapi Kognitif Tingkah laku (MRTKT) berkesan dalam meningkatkan pemboleh ubah bersandar iaitu tahap resilien antara kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Kajian ini memberi sumbangan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling apabila berjaya menggubal satu model kelompok bimbingan yang berorientasikan pendekatan MRTKT dalam meningkatkan resilien remaja hamil luar nikah secara berkesan.
This experimental study aimed to examine the effects of the RESKEM Group Guidance Module based on Cognitive Behavioural Therapy (CBT) in enhancing resilience among unmarried pregnant adolescents. A quasi-experimental pre-test and post-test design was employed, involving two protection centres for unmarried pregnant adolescents. A total of 70 participants were selected, with 35 assigned to the treatment group and 35 to the control group. Resilience levels were measured using the Malay-version Resilience Scale Questionnaire, which was translated and adapted from the original Resilience Scale by Wagnild & Young (1993) by Amalia Madihie, Sidek Mohd Noah, Maznah Baba, and Wan Marzuki Wan Jaafar (2016). The treatment group received a six-week group guidance intervention. Data were analysed using descriptive statistics, MANOVA, and MANCOVA. Findings revealed that the RESKEM Module with Cognitive Behavioural Therapy (CBT) was effective in significantly enhancing resilience among the treatment group compared to the control group. This study contributes to the field of guidance and counselling services by successfully developing a structured group guidance model grounded in CBT principles to improve resilience in unmarried pregnant adolescents.