KEBERKESANAN MODUL RESKEM BERDASARKAN TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU DALAM MENGURANGKAN KEMURUNGAN REMAJA HAMIL LUAR NIKAH

EFFECTIVENESS OF THE RESKEM MODULE BASED ON COGNITIVE BEHAVIOURAL THERAPY IN REDUCING DEPRESSION AMONG UNMARRIED PREGNANT ADOLESCENTS

Authors

  • Basirah Abdul Ghani Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak
  • Fauziah Mohd Sa’ad Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058013

Keywords:

Modul RESKEM (RESKEM Module), Terapi Kognitif Tingkah Laku (Cognitive Behavioural Therapy), Remaja Hamil Luar Nikah (Unmarried Pregnant Adolescents), Kemurungan (Depression)

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Modul RESKEM yang berasaskan Terapi Kognitif Tingkah Laku (TKT) dalam mengurangkan kemurungan dalam kalangan remaja hamil luar nikah. Reka bentuk kajian adalah eksperimen pra dan pos ujian melibatkan 70 remaja hamil luar nikah, dengan 35 dalam kumpulan rawatan dan 35 dalam kumpulan kawalan. Intervensi dijalankan selama enam minggu melalui sesi bimbingan kelompok menggunakan modul yang dibina khas berdasarkan prinsip TKT. Instrumen utama yang digunakan ialah Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9) yang telah disahkan kesahihannya dalam versi Bahasa Melayu (Azah et al., 2005; Kroenke et al., 2001). Analisis data menggunakan MANOVA dan MANCOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kawalan dalam pengurangan simptom kemurungan. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan model intervensi psikososial yang berstruktur dan berasaskan teori, yang berpotensi diaplikasikan dalam institusi perlindungan remaja hamil luar nikah di Malaysia.

This study aimed to evaluate the effectiveness of the RESKEM Module, which is based on Cognitive Behavioural Therapy (CBT), in reducing depression among unmarried pregnant adolescents. The study employed a pre- and post-test experimental design involving 70 participants, with 35 assigned to the intervention group and 35 to the control group. The intervention was conducted over six weeks through structured group counselling sessions using a module specifically developed based on CBT principles. The main instrument used was the Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9), which has been validated in the Malay language (Azah et al., 2005; Kroenke et al., 2001). Data analysis using MANOVA and MANCOVA revealed significant differences between the intervention and control groups in reducing depressive symptoms. This study contributes to the development of a theory-based and structured psychosocial intervention model that has the potential to be implemented in shelters for unmarried pregnant adolescents in Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-05

How to Cite

Basirah Abdul Ghani, & Fauziah Mohd Sa’ad. (2025). KEBERKESANAN MODUL RESKEM BERDASARKAN TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU DALAM MENGURANGKAN KEMURUNGAN REMAJA HAMIL LUAR NIKAH: EFFECTIVENESS OF THE RESKEM MODULE BASED ON COGNITIVE BEHAVIOURAL THERAPY IN REDUCING DEPRESSION AMONG UNMARRIED PREGNANT ADOLESCENTS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(58). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058013