CABARAN PENGELOLAAN GERAKAN SOSIAL PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DALAM MENGEKALKAN IDENTITI KURIKULUM UTAMA: KAJIAN DI KEDAH DAN KELANTAN
THE CHALLENGE OF MANAGING THE SOCIAL MOVEMENT OF PEOPLE’S RELIGIOUS EDUCATION (SAR) IN SUSTAINING THE MAIN CURRICULUM IDENTITY: A STUDY IN KEDAH AND KELANTAN
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058023Keywords:
Gerakan Sosial Pendidikan (Educational Social Movement), Sekolah Agama Rakyat (People's Religious School), Pengelola (Administration), Identiti Kurikulum Utama (Main Curriculum Identity)Abstract
Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah lama menjadi institusi penting dalam sistem pendidikan di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan. SAR ditubuhkan untuk memberikan pendidikan agama yang mendalam kepada pelajar di samping kurikulum akademik yang standard. Sejak penubuhannya, SAR telah memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda yang berpengetahuan agama dan kompleks. Namun, wujud pelbagai cabaran yang bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang diberikan tetapi juga boleh menimbulkan kesukaran dalam mengekalkan identi kurikulum utama mereka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan menganalisis cabaran yang dihadapi oleh gerakan sosial pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kedah dan Kelantan dalam usaha mengekalkan identiti kurikulum utama mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara analisis bertema yang melibatkan temu bual secara mendalam dengan enam orang informan daripada dua kumpulan sasaran iaitu di Kedah dan Kelantan. Hasil kajian menunjukkan bahawa SAR menghadapi beberapa cabaran utama termasuklah kekurangan sumber kewangan, hubungan yang kompleks dengan pihak kerajaan, serta pengurusan dan penyelarasan yang kurang efisyen. Namun, SAR berjaya mengekalkan identiti kurikulum utama mereka melalui pelbagai strategi seperti penglibatan komuniti, inovasi dalam pengajaran, dan penyesuaian kurikulum. Selain memberikan sumbangan yang bermakna kepada pengetahuan sedia ada, kajian ini menyarankan agar pihak berkepentingan memberikan sokongan yang lebih komprehensif kepada SAR untuk memastikan kelangsungan dan keberkesanan pendidikan agama di Malaysia.
Sekolah agama rakyat (SAR) has long been an important institution in the education system in Malaysia, especially in states such as Kedah and Kelantan. SAR was established to provide in-depth religious education to students in addition to the standard academic curriculum. Since its inception, SAR has played an important role in forming a young generation with religious and complex knowledge. However, there are various challenges that can not only affect the quality of education provided but can also create difficulties in maintaining the identity of their main curriculum. Thus, this study was conducted to identify and analyze the challenges faced by the social education movements of Sekolah Agama Rakyat (SAR) in Kedah an d Kelantan in an effort to maintain their main curriculum identity. This study uses a qualitative approach based on thematic analysis that involves in-depth interviews with six informants from two target groups in Kedah and Kelantan. The results of the study show that SAR faces several major challenges including a lack of financial resources, complex relationship with the government, as well as inefficient management and coordination. However, SAR managed tro maintain their main curriculum identity through various strategies such as community involvement, innovation in teaching, and curriculum adaptation. In addition to making a meaningful contribution to existing knowledge, this study suggests that stakeholders provide more comprehensive support to SAR to ensure the continuity and effectiveness of religious education in Malaysia.