FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN YANG MEMPENGARUHI PENGHAYATAN AKHLAK REMAJA DI SEKOLAH LUAR BANDAR SABAH: TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN ISLAM
INTERNAL AND EXTERNAL FACTORS INFLUENCING MORAL INTERNALIZATION AMONG RURAL SCHOOL ADOLESCENTS IN SABAH: AN ISLAMIC EDUCATIONAL PERSPECTIVE
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058024Keywords:
Akhlak (Morality), Remaja (Adolescents), Pendidikan Islam (Islamic Education), Luar Bandar (Rural Areas), Faktor Dalaman (Internal Factors), Faktor Luaran (External Factors)Abstract
Penghayatan akhlak dalam kalangan remaja adalah aspek penting dalam pembentukan jati diri dan sahsiah yang mulia. Kajian ini memfokuskan kepada golongan remaja di sekolah luar bandar di negeri Sabah yang berdepan pelbagai cabaran dari aspek dalaman dan luaran. Pendekatan yang digunakan adalah berbentuk kajian konseptual melalui analisis kepustakaan terhadap karya-karya ilmiah yang berkaitan dengan akhlak, pendidikan Islam dan perkembangan remaja. Kajian ini mengenal pasti bahawa faktor dalaman seperti keimanan, niat, kesedaran kendiri dan motivasi berperanan membentuk nilai-nilai murni dalam diri remaja. Sementara itu, faktor luaran seperti peranan keluarga, institusi pendidikan, rakan sebaya, komuniti dan media sosial turut memberi impak besar terhadap penghayatan akhlak mereka. Pendidikan Islam yang menekankan pembangunan insan secara menyeluruh dilihat sebagai jalan penyelesaian paling berkesan untuk membendung kemerosotan akhlak remaja. Justeru kerjasama antara keluarga, pihak sekolah dan komuniti amat diperlukan bagi mengukuhkan penghayatan akhlak dalam kalangan remaja. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memperbaiki kurikulum pendidikan Islam serta mengukuhkan pembangunan akhlak generasi muda masa kini.
Moral internalization among adolescents is a crucial aspect in shaping noble character and personal identity. This study focuses on adolescents in rural schools in Sabah who face various internal and external challenges. The approach adopted in this study is conceptual, utilizing literature analysis of scholarly works related to morality, Islamic education, and adolescent development. The study identifies that internal factors such as faith, intention, self-awareness, and motivation play a pivotal role in fostering virtuous values within adolescents. On the other hand, external factors, including the role of family, educational institutions, peers, community, and social media, significantly influence their moral internalization. Islamic education, which emphasizes holistic human development, is viewed as the most effective solution to address the moral decline among adolescents. Consequently, collaboration between families, schools, and communities is deemed essential in reinforcing moral internalization among adolescents. The findings of this study are expected to contribute to the improvement of the Islamic education curriculum and strengthen the moral development of the younger generation.