PEMBINAAN INTERAKSI SOSIAL DALAM TINGKAH LAKU IBU BAPA TERHADAP KANAK-KANAK MELALUI PENDEKATAN NABAWI

THE DEVELOPMENT OF SOCIAL INTERACTION IN PARENTAL BEHAVIOR TOWARDS CHILDREN THROUGH THE PROPHETIC APPROACH

Authors

  • Abu Dzar Ahmad Akademi Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Malaysia
  • Nur Afifi Alit Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
  • Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad Akademi Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Malaysia
  • Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi Akademi Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058037

Keywords:

Interaksi Sosial (Social Interaction), Institusi Keluarga (Family Institution), Penderaan Kanak-Kanak (Child Abuse), Pendekatan Nabawi (Prophet's Approach)

Abstract

Perkembangan sosial kanak-kanak terdedah mengikut cara dan acuan dengan budaya setempat terutama orang yang paling hampir. Kanak-kanak cepat meniru segala tingkah laku yang dilakukan oleh mereka yang rapat tanpa berfikir kesannya tentang sesuatu perilaku sama ada bertepatan atau sebaliknya untuk dipraktikkan. Statistik melaporkan peningkatan kes penderaan fizikal kanak-kanak tahun demi tahun, yang berkait rapat puncanya dengan  pelaku ibu bapa kandung hasil dari interaksi yang tidak berhemah dalam institusi keluarga. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti pendekatan dan cara baginda berinteraksi menggunakan kemahiran sosial baginda dalam percakapan dan tingkah laku. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menggunakan analisis dokumen kepustakaan dalam proses pengumpulan data, dan seterusnya dianalisis kandungan secara tematik, deduktif dan deskriptif. Kajian menemui beberapa pendekatan nabawi di dalam hadith berasaskan pendekatan baginda berinteraksi dengan gaya bahasa yang mendidik. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan Nabawi mampu memberi implikasi dalam keharmonian berinteraksi dalam keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlu menyedari hakikat pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak merupakan salah satu proses kemenjadian manusia yang kompleks.

Children’s social development is shaped by their local cultural norms particularly through interactions with those closest to them. Children are quick to imitate the behaviours of those around them without fully understanding the consequences or appropriateness of such actions. Statistics have shown a year-on-year increase in cases of child physical abuse, often committed by biological parents, which is closely linked to poor interpersonal interactions within the family institution. This study aims to identify the Prophet Muhammad’s approaches and methods of interaction through his social communication skills in speech and behaviour. Adopting a qualitative methodology, this research employs document analysis of classical sources for data collection followed by thematic, deductive and descriptive content analysis. The findings reveal several themes of communicative styles found in the hadith, highlighting the Prophet’s educational and nurturing language in his interactions. The study concludes that the Prophetic approach fosters a harmonious environment in family interactions. Therefore, parents must recognise that early childhood education is a crucial and complex part of human development.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-05

How to Cite

Abu Dzar Ahmad, Nur Afifi Alit, Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad, & Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi. (2025). PEMBINAAN INTERAKSI SOSIAL DALAM TINGKAH LAKU IBU BAPA TERHADAP KANAK-KANAK MELALUI PENDEKATAN NABAWI: THE DEVELOPMENT OF SOCIAL INTERACTION IN PARENTAL BEHAVIOR TOWARDS CHILDREN THROUGH THE PROPHETIC APPROACH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(58). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058037