PEMBANGUNAN E-KOMIK DALAM PEMBELAJARAN BAGI SUBTOPIK SUMBER NUTRIEN UNTUK PELAJAR SAINS RUMAH TANGGA TINGKATAN 4

DEVELOPMENT OF E-COMICS IN LEARNING FOR THE SUBTOPIC OF NUTRIENT SOURCES FOR FORM 4 HOME ECONOMICS SCIENCE STUDENTS

Authors

  • Siti Nurshazwanny Majlan Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohd Nazri Abdul Raji Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058055

Keywords:

E-komik (E-comic), Sumber Nutrien (Nutrient Sources), Pengajaran dan Pemudahcaraan (Teaching and Facilitation)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kebolehgunaan pembangunan E-komik dalam pembelajaran bagi subtopik Sumber Nutrien untuk pelajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 4. Kajian ini membangunkan satu modul yang berasaskan E-komik bagi subtopik Sumber Nutrien dengan menggunakan perisian Canva. Seramai 14 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjung Malim, Perak telah terlibat dalam kajian ini. Borang kesahan dinilai oleh pakar dan data dianalisisdengan menggunakan formula kesahan kandungan modul. Nilai kesahan kandungan kajian adalah 91%. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 10 item menggunakan pengukuran tiga Skala Likert untuk menilai kebolehgunaan E-komik. Antara item yang dikaji adalah demografi, kebolehgunaan (usefulness) dan kandungan modul E-komik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehgunaan terhadapat E-komik berada pada tahap yang baik dari aspek reka bentuk, kandungan dan kebolehgunaan. E- komik ini juga mampu membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran berkaitan Sumber Nutrien serta sesuai digunakan oleh pelajar sama ada sewaktu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mahupun di luar bilik darjah.

This study was conducted to evaluate the usability of E-comic development in learning for the subtopic of Nutrient Sources for Form 4 Home Science students.This study developed a module based on E-comics for the subtopic Nutrient Sources using Canva software.A total of 14 Form 4 students at Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjung Malim, Perak were involved in this study.The validity form was evaluated by experts and the data was analyzed using the module content validity formula.The content validity value of the study is 91%.The questionnaire was used as a research instrument containing 10 items using a three-point Likert scale to assess the usability of the E-comic.Among the items studied are demographics, usability (usefulness), and the content of the E-comic module.Overall, the study findings indicate that the usability level of the E-comic is at a good level in terms of design, content, and usability.This e-comic is also capable of helping students achieve learning outcomes related to Nutrient Sources and is suitable for use by students both during teaching and facilitation (PdPc) as well as outside the classroom.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-26

How to Cite

Siti Nurshazwanny Majlan, & Mohd Nazri Abdul Raji. (2025). PEMBANGUNAN E-KOMIK DALAM PEMBELAJARAN BAGI SUBTOPIK SUMBER NUTRIEN UNTUK PELAJAR SAINS RUMAH TANGGA TINGKATAN 4: DEVELOPMENT OF E-COMICS IN LEARNING FOR THE SUBTOPIC OF NUTRIENT SOURCES FOR FORM 4 HOME ECONOMICS SCIENCE STUDENTS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(58). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058055