ANALISIS FAKTOR DISFORIA GENDER DI MALAYSIA DAN PERANAN PENDIDIKAN AFEKTIF ISLAM SEBAGAI INTERVENSI
AN ANALYSIS OF GENDER DYSPHORIA FACTORS IN MALAYSIA AND THE ROLE OF ISLAMIC AFFECTIVE EDUCATION AS AN INTERVENTION
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058076Keywords:
Afektif (Affective), Disforia Gender (Gender Dysphoria), Intervensi (Intervention), Nilai (Values), Pendidikan Islam (Islamic Education)Abstract
Kajian ini meneliti faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan disforia gender dalam kalangan Muslim di Malaysia serta menganalisis potensi pendidikan afektif berasaskan Islam sebagai pendekatan intervensi yang menyeluruh dan berpandukan nilai. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk eksploratori, data diperoleh melalui tinjauan literatur sistematik dan temu bual separa berstruktur melibatkan pakar dalam bidang agama, psikologi dan perubatan. Dapatan kajian mengenal pasti bahawa faktor dalaman seperti kekeliruan identiti diri, konflik spiritual terhadap jantina penciptaan, kegagalan mengawal emosi dan dorongan naluri merupakan pencetus utama krisis makna diri. Sementara itu, faktor luaran merangkumi tekanan sosial, stigma keluarga, pengaruh media serta ketiadaan sokongan psikospiritual yang berkesan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendidikan afektif Islam yang berteraskan prinsip tauhid, tazkiyat al-nafs dan penghayatan adab mampu menyumbang secara signifikan dalam membina kekuatan dalaman, mengurus tekanan sosial dan menstabilkan identiti kendiri. Pendekatan ini melengkapkan intervensi sedia ada dengan menawarkan kerangka pemulihan berasaskan nilai yang selari dengan konteks sosiobudaya Muslim tempatan. Kajian ini turut menegaskan peranan penting pendidik sebagai murabbi, iaitu bukan sekadar penyampai ilmu tetapi juga pembimbing emosi, pengukuh harga diri dan pemangkin perubahan melalui pendekatan kasih sayang dan hikmah. Justeru, kajian ini menyarankan penginstitusian pendidikan afektif sebagai dasar pencegahan dan pemulihan yang lebih holistik dan beretika dalam menangani isu disforia gender di institusi pendidikan tinggi.
This study explores the internal and external factors that contribute to gender dysphoria among Muslims in Malaysia and analyzes the potential of Islamic-based affective education as a holistic and value-driven intervention approach. Employing an exploratory qualitative methodology, data were obtained through a systematic literature review and semi-structured interviews with experts in the fields of religion, psychology, and medicine. The findings identify key internal factors such as identity confusion, spiritual conflict regarding assigned gender, emotional dysregulation, and uncontrolled desires as primary triggers of existential crisis. Meanwhile, external factors include social pressure, family stigma, media influence, and the absence of effective psychospritual support. The study reveals that Islamic affective education, grounded in the principles of tawhid, tazkiyat al-nafs (spiritual purification), and the cultivation of adab (ethics), significantly contributes to strengthening inner resilience, managing social pressure, and stabilizing self-identity. This approach complements existing interventions by offering a value-based recovery framework aligned with the socio-cultural context of the local Muslim community. The study also emphasizes the critical role of educators as murabbi, not merely as conveyors of knowledge but as emotional guides, self-esteem builders, and catalysts of transformation through compassion and wisdom. Therefore, the study recommends the institutionalization of affective education as an ethical and holistic policy framework for the prevention and rehabilitation of gender dysphoria within higher education institutions.