ISU DAN CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU
ISSUES AND CHALLENGES IN THE TEACHING AND LEARNING OF MALAY ESSAY WRITING SKILLS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1058081Keywords:
Isu dan Cabaran Pembelajaran (Issues and Challenges in Learning), Kemahiran Menulis Karangan (Essay Writing Skills), Peningkatkan Kemahiran Menulis (Improvement of Writing Skills)Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu di kalangan pelajar. Kemahiran menulis merupakan aspek penting dalam penguasaan Bahasa Melayu kerana ia membolehkan pelajar menyampaikan idea secara jelas dan tersusun. Namun, pelajar sering menghadapi masalah seperti kurang minat membaca, kekurangan kosa kata, kesukaran penggunaan imbuhan, serta kelemahan dalam tatabahasa dan pengembangan idea. Dari perspektif guru, pendekatan pengajaran yang masih berpusatkan guru dan kurang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) turut menjejaskan keberkesanan pembelajaran. Kajian ini mencadangkan pendekatan kolaboratif sebagai strategi alternatif untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar secara lebih efektif. Dapatan kajian dijangka dapat membantu guru Bahasa Melayu memperbaiki pendekatan pengajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran menulis karangan. Pendekatan kolaboratif ini diharapkan dapat mengatasi isu yang dihadapi dan diamalkan secara meluas bagi memartabatkan pengajaran Bahasa Melayu serta memastikan pelajar menguasai kemahiran menulis yang kritikal dalam abad ke-21.
This study aims to identify the issues and challenges faced in the teaching and learning of Malay essay writing skills among students. Writing skills are an important aspect of mastering the Malay language as they enable students to express ideas clearly and coherently. However, students often encounter problems such as lack of interest in reading, limited vocabulary, difficulties in using affixes, as well as weaknesses in grammar and idea development. From the teachers’ perspective, teaching approaches that are still teacher-centered and place little emphasis on higher-order thinking skills (HOTS) also affect the effectiveness of learning. This study proposes a collaborative approach as an alternative strategy to enhance students’ writing skills more effectively. The findings are expected to assist Malay language teachers in improving their teaching methods and boosting students’ achievement in writing skills. The collaborative approach is hoped to address the existing issues and be widely adopted to elevate Malay language teaching and ensure students master critical writing skills in the 21st century.