SOKONGAN KELUARGA SEBAGAI PEMBOLEH UBAH PENYEDERHANA UNTUK MEMUPUK MINAT BAGI SUBJEK SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR ASNAF
THE MODERATING ROLE OF FAMILY SUPPORT IN FOSTERING INTEREST IN SCIENCE SUBJECT AMONG ASNAF STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059024Keywords:
Pelajar Asnaf (Asnaf Students), Minat Terhadap Sains (Science Interest), Sokongan Keluarga (Family Support), Sikap (Attitudes), Motivasi (Motivation)Abstract
Minat dalam kalangan pelajar terhadap subjek Sains di Malaysia masih menunjukkan tahap yang kurang memuaskan, khususnya dalam kalangan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah seperti golongan asnaf. Statistik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan adanya penurunan dalam penyertaan pelajar aliran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) serta perbezaan prestasi ketara antara pelajar dari latar sosioekonomi rendah berbanding rakan sebaya mereka. Antara faktor penyumbang kepada situasi ini termasuklah kekangan dari segi kemudahan pembelajaran, kurang pendedahan kepada pengalaman saintifik yang bermakna, serta tekanan dari aspek emosi dan sosial yang menghalang perkembangan minat terhadap Sains. Bagi menangani isu ini, kajian ini dijalankan untuk mengkaji bagaimana sokongan keluarga boleh berperanan sebagai pemboleh ubah penyederhana yang mempengaruhi hubungan antara sikap dan motivasi pelajar terhadap minat mereka dalam subjek Sains. Kajian memfokuskan kepada pelajar asnaf di negeri Perlis dan disandarkan kepada tiga pendekatan teori utama. Pertama, Teori Perancangan Tingkah Laku (TPB) yang meneliti bagaimana sikap dan niat boleh mendorong pembentukan tingkah laku. Kedua, Teori Motivasi Kendiri (SDT) yang menekankan pentingnya elemen seperti autonomi dan kecekapan kendiri dalam merangsang motivasi dalaman. Ketiga, Teori Sokongan Sosial yang memberi perhatian kepada pengaruh sokongan emosi dan bantuan praktikal keluarga dalam pembangunan akademik pelajar. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini, di mana instrumen soal selidik diedarkan kepada 200 pelajar asnaf di peringkat sekolah rendah dan menengah. Analisis data dijalankan melalui kaedah regresi bagi menentukan hubungan antara pemboleh ubah bebas (sikap dan motivasi) dengan pemboleh ubah bersandar (minat terhadap Sains), serta peranan sokongan keluarga sebagai pemboleh ubah penyederhana. Keputusan analisis menunjukkan bahawa sikap dan motivasi pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat terhadap subjek Sains. Di samping itu, sokongan daripada keluarga didapati memperkukuhkan hubungan ini, membuktikan kepentingannya sebagai pengaruh luaran yang utama. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa pembangunan minat pelajar terhadap Sains, terutamanya dalam kalangan pelajar asnaf, memerlukan pendekatan holistik yang bukan sahaja memupuk kekuatan dalaman tetapi turut melibatkan penyertaan aktif pihak keluarga dalam membentuk pengalaman pembelajaran yang positif dan mampan.
Interest in science subject among Malaysian students remains below the desired level, particularly among those from low-income families, including the asnaf group. Recent data from the Ministry of Education Malaysia highlight a decline in STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) participation and a substantial performance gap between students from low socioeconomic backgrounds and their peers. Contributing factors include inadequate learning resources, limited exposure to meaningful scientific experiences, and emotional as well as social pressures that diminish interest in science subject. This study examines the moderating role of family support in the relationship between students’ attitudes, motivation, and their interest in science. Focusing on asnaf students in Perlis, the research is based on three theoretical frameworks: the Theory of Planned Behaviour (TPB), Self-Determination Theory (SDT), and Social Support Theory. A quantitative research design was employed, with survey data collected from 200 asnaf students across primary and secondary school levels. Regression analysis indicated that both attitudes and motivation are significant predictors of interest in science subject, and that family support moderates this relationship. The findings highlight the importance of developing a holistic strategy to enhance engagement and cultivates intrinsic motivation for scientific activities. This study suggests involving families to foster positive and sustainable learning experiences in science subject.