PENGARUH MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK TERHADAP PENCAPAIAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR ASNAF SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERLIS
THE INFLUENCE OF INTRINSIC AND EXTRINSIC MOTIVATION ON SCIENCE AND MATHEMATICS ACHIEVEMENT AMONG ASNAF SECONDARY SCHOOL STUDENTS IN THE STATE OF PERLIS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059025Keywords:
Motivasi (Motivation), Pelajar Asnaf (Asnaf Students), Pencapaian Akademik (Academic Achievement), Sains dan Matematik (Science and Mathematics), Sekolah Menengah (Secondary School)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh motivasi—baik intrinsik mahupun ekstrinsik—terhadap pencapaian akademik dalam subjek Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar asnaf di sekolah menengah di negeri Perlis. Pelajar asnaf, yang berasal daripada latar belakang sosio ekonomi yang kurang berkemampuan, sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam proses pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk kajian tinjauan. Teknik persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih 300 orang pelajar asnaf dari tiga buah sekolah menengah. Data dikumpul melalui soal selidik berskala Likert yang menilai tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik serta sokongan keluarga dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui perisian SPSS versi 27. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran Sains dan Matematik berada pada tahap sederhana, dengan motivasi intrinsik mencatatkan skor min yang sedikit lebih tinggi berbanding motivasi ekstrinsik. Pelajar didapati lebih terdorong oleh matlamat jangka panjang seperti cita-cita kerjaya dan kebanggaan keluarga berbanding ganjaran material atau pujian. Kajian ini merumuskan bahawa tahap motivasi sedia ada masih belum mencukupi untuk membawa peningkatan pencapaian akademik yang signifikan. Oleh itu, intervensi berfokus perlu dirangka bagi meningkatkan motivasi pelajar secara menyeluruh, terutama motivasi intrinsik yang mempunyai kesan jangka panjang terhadap kejayaan akademik. Dapatan kajian ini penting bagi membantu pihak sekolah, pembuat dasar dan institusi berkaitan seperti agensi zakat dalam merancang program pendidikan yang menyeluruh dan bersesuaian dengan keperluan pelajar asnaf. Penglibatan keluarga serta penyediaan pengalaman pembelajaran yang bermakna disarankan sebagai strategi untuk merangsang motivasi dan memperkukuh pencapaian pelajar dalam subjek Sains dan Matematik.
This study aims to examine the influence of both intrinsic and extrinsic motivation on academic achievement in Science and Mathematics among asnaf students in secondary schools in the state of Perlis. Asnaf students, who come from socioeconomically disadvantaged backgrounds, often face various challenges in the learning process. The study employed a quantitative approach using a survey research design. Purposive sampling was applied to select 300 asnaf students from three secondary schools. Data were collected through a Likert-scale questionnaire assessing levels of intrinsic and extrinsic motivation, as well as family support, and were analysed using descriptive statistics via SPSS version 27. The findings indicate that students’ motivation towards learning Science and Mathematics is at a moderate level, with intrinsic motivation recording a slightly higher mean score compared to extrinsic motivation. Students were found to be more driven by long-term goals such as career aspirations and family pride rather than material rewards or praise. The study concludes that the current level of motivation is insufficient to produce significant improvements in academic achievement. Therefore, targeted interventions should be designed to enhance students’ overall motivation, particularly intrinsic motivation, which has a long-term impact on academic success. The findings of this study are significant in assisting schools, policymakers, and relevant institutions such as zakat agencies in planning comprehensive educational programmes tailored to the needs of asnaf students. Family involvement and the provision of meaningful learning experiences are recommended as strategies to stimulate motivation and strengthen students’ performance in Science and Mathematics.