TAHAP PENGETAHUAN GURU PENDIDIKAN MORAL TERHADAP AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH: PERBANDINGAN ANTARA GURU OPSYEN DAN BUKAN OPSYEN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLANG
KNOWLEDGE LEVELS OF MORAL EDUCATION TEACHERS REGARDING OUTDOOR CLASSROOM ACTIVITIES: A COMPARATIVE STUDY OF OPTION AND NON-OPTION TEACHERS IN SECONDARY SCHOOLS IN KLANG DISTRICT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059048Keywords:
Aktiviti Luar Bilik Darjah (Outdoor Classroom Activities), Pengetahuan ALBD (ALBD Knowledge), Pendidikan Moral (Moral Education), Guru Opsyen Dan Guru Bukan Opsyen ( Option Teachers And Non-Option Teachers)Abstract
Aktiviti Luar Bilik Darjah (ALBD) berfungsi sebagai suatu pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman yang dapat membantu murid memahami aspek kehidupan secara lebih menyeluruh dan mendalam. Dalam konteks pelaksanaan pembelajaran ini, peranan guru amat signifikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti opsyen pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Moral di sekolah menengah, menilai tahap pengetahuan mereka terhadap ALBD, serta menganalisis perbezaan tahap pengetahuan ALBD berdasarkan opsyen pengajaran guru. Ini kerana terdapat guru Pendidikan Moral yang bukan opsyen mengajar di luar bidang, yang berkemungkinan menjejaskan keberkesanan pelaksanaan ALBD. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Instrumen kajian berupa soal selidik yang merangkumi dua bahagian utama, iaitu maklumat demografi responden dan tahap pengetahuan guru terhadap ALBD. Seramai 30 orang guru Pendidikan Moral dari sekolah menengah di sekitar daerah Klang, Selangor telah dipilih sebagai responden. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap ALBD adalah tinggi, dan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru opsyen dan bukan opsyen dalam aspek pengetahuan mengenai ALBD. Justeru, kajian ini menekankan kepentingan penyediaan latihan serta bimbingan khusus kepada guru bukan opsyen bagi meningkatkan pengetahuan mereka. Guru opsyen Pendidikan Moral turut disarankan untuk memainkan peranan sebagai mentor dalam usaha membimbing guru bukan opsyen dan guru baharu, agar pelaksanaan pengajaran berasaskan ALBD dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Outdoor Classroom Activities (ALBD - Aktiviti Luar Bilik Darjah) serve as an experiential learning approach that facilitates a more comprehensive and in-depth understanding of life among students. In implementing this form of learning, the role of teachers is crucial. Therefore, this study aims to identify the teaching options among Moral Education teachers in secondary schools, examine their level of knowledge regarding ALBD, and analyse the differences in the level of ALBD knowledge based on teachers' teaching options. This is particularly relevant as some non-option Moral Education teachers are teaching outside their field of expertise, which may negatively impact the effectiveness of ALBD implementation. This study employed a quantitative approach using a survey design. The research instrument was a questionnaire consisting of two main sections: respondents’ demographic information and teachers’ knowledge of ALBD. A total of 30 Moral Education teachers from secondary schools in the Klang district, Selangor, were selected as respondents. The data were analysed using descriptive and inferential statistics with the aid of SPSS software. The findings revealed that the overall level of teachers’ knowledge regarding ALBD was high, and there was a significant difference in knowledge between option and non-option teachers. Accordingly, the study highlights the importance of providing targeted training and guidance for non-option teachers to enhance their knowledge. It is also recommended that option Moral Education teachers serve as mentors to support non-option and novice teachers in ensuring more effective implementation of ALBD-based teaching.