IMPAK BENGKEL PEMBELAJARAN KOSA KATA ARAB TERHADAP TAHAP KEMAHIRAN PELAJAR MENGGUNAKAN STRATEGI DAN PENDEKATAN METAKOGNITIF
THE IMPACT OF THE ARABIC VOCABULARY LEARNING WORKSHOP ON STUDENTS’ SKILL LEVELS EMPLOYING STRATEGIES AND METACOGNITIVE APPROACHES
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059054Keywords:
Kosa Kata (Vocabulary), Bahasa Arab (Arabic Language), Strategi Pembelajaran (Learning Strategies), Metakognitif (Metacognitive), Bengkel (Workshop)Abstract
Penguasaan kosa kata bahasa Arab yang baik merupakan asas utama untuk membantu individu meningkatkan kecekapan dalam pelbagai kemahiran bahasa. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang melaporkan kelemahan pelajar di Malaysia dalam penguasaan kosa kata bahasa Arab. Justeru, pendekatan strategi menghafal yang diketengahkan oleh kebanyakan guru dalam pengajaran kosa kata bahasa Arab perlu diperluaskan dengan pendekatan cara belajar yang lain memandangkan tidak semua pelajar berjaya menggunakannya secara kreatif. Dengan itu, kajian deskriptif ini dijalankan untuk meninjau impak bengkel cara belajar kosa kata bahasa Arab terhadap tahap kemahiran pelajar menggunakan strategi dan pendekatan metakognitif. Seramai 32 orang pelajar tingkatan 4 dari tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sekitar Kedah terlibat sebagai peserta bengkel ini yang menekankan aspek teori dan aplikasi. Dari sudut teori, pelajar diajar mengenai dua konsep utama iaitu; a) penggunaan strategi pembelajaran kosa kata serta b) pendekatan proses metakognitif. Seterusnya, tiga aktiviti bahasa diketengahkan untuk meninjau kefahaman pelajar mengenai cara belajar dan penggunaannya secara praktikal. Setelah berakhirnya bengkel, soal selidik diedarkan kepada pelajar untuk pengumpulan data. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS versi 22. Berdasarkan perbandingan laporan sebelum dan selepas program, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap kemahiran menggunakan strategi dan pendekatan metakognitif dalam kalangan pelajar kepada tahap tinggi sama ada secara keseluruhan, berdasarkan kategori mahupun item. Pelajar didapati lebih mahir menggunakan strategi mengingat berbanding strategi memahami makna dan menggunakan kosa kata selepas bengkel. Seterusnya, pelajar didapati lebih mahir menggunakan kemahiran menilai dalam pendekatan metakognitif berbanding kemahiran merancang dan memantau. Kesimpulannya, kemahiran belajar pelajar boleh ditambah baik secara berkala untuk membiasakan diri dengan beberapa kemahiran yang jarang digunakan. Dengan itu, para pendidik boleh mengambil pendekatan eksplisit dengan mendedahkan strategi belajar yang pelbagai dan melatih penggunaannya untuk membantu proses pemerolehan kosa kata pelajar.
A proficient command of Arabic vocabulary is the main foundation for assisting individuals in enhancing their proficiency in various language skills. However, there are still numerous studies that report the weaknesses of Malaysian students in mastering Arabic vocabulary. Thus, the memorisation strategy approach that is emphasised by most teachers in Arabic vocabulary teaching needs to be expanded with other learning methods, as not all students are successful in using it creatively. Therefore, this descriptive study was conducted to examine the impact of the Arabic learning workshop on students’ skill levels using strategies and metacognitive approaches. A total of 32 Form 4 students from three National Religious Secondary Schools (SMKA) in Kedah participated in this workshop, which emphasises both theoretical and practical aspects. From a theoretical perspective, students were taught about two main concepts, namely (i) the use of vocabulary learning strategies and (ii) the metacognitive process approach. Next, three language activities were highlighted to explore students’ understanding of how to learn and their practical implementation. After the workshop, questionnaires were distributed to the students for data collection. The data were then analysed descriptively using SPSS version 22. Based on a comparison of reports before and after the programme, the study findings showed an increase in the level of skills in using strategies and metacognitive approaches among students to a high level, whether overall or based on categories, or items. Students were found to be more proficient in using memorisation strategies compared to strategies for understanding meaning and using vocabulary after the workshop. Furthermore, students were found to be more proficient in using evaluation skills in the metacognitive approach compared to planning and monitoring skills. In conclusion, students’ learning skills can be improved periodically by familiarising themselves with some skills that are rarely used. Therefore, teachers can take an explicit approach by exposing them to various learning strategies and practising their use to assist the students’ vocabulary acquisition process.