PENDEKATAN HEUTAGOGI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

THE HEUTAGOGICAL APPROACH IN MALAY LANGUAGE LEARNING AT THE PRIMARY SCHOOL LEVEL

Authors

  • Nor Zahid Musa Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059070

Keywords:

Heutagogi (Heutagogy), Pembelajaran Kendiri (Self-Directed Learning), Bahasa Melayu (Malay Language), Efikasi Kendiri (Self-Efficacy)

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai tahap pelaksanaan pendekatan heutagogi dalam pembelajaran kendiri Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 6 sekolah rendah. Seramai 352 orang murid dari 32 sekolah kebangsaan di Hulu Selangor telah dipilih sebagai sampel menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Instrumen soal selidik terdiri daripada 3 bahagian dan 17 item  yang merangkumi demografi, enam elemen heutagogi: penerokaan, penciptaan, kolaborasi, perkongsian, refleksi dan perhubungan serta satu bahagian yang menilai tahap efikasi kendiri murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu secara kendiri. Dapatan menunjukkan bahawa 82.4% murid aktif melaksanakan pembelajaran berasaskan prinsip heutagogi. Elemen penerokaan dan penciptaan mencatat min tinggi (0.74–0.90), menandakan pelibatan dalam pembelajaran kendiri dan kreativiti murid yang memberangsangkan. Elemen refleksi, perkongsian dan perhubungan juga mencatat tahap pelaksanaan tinggi, namun kolaborasi selepas waktu sekolah masih rendah (min = 0.39). Dalam aspek efikasi kendiri, murid menunjukkan kecekalan dan keyakinan tinggi (min = 0.92–0.94), tetapi hampir separuh masih memerlukan bimbingan guru pada peringkat awal pembelajaran kendiri (min = 0.50). Pendekatan heutagogi berupaya dilaksanakan seawal peringkat sekolah rendah, terutamanya dalam memperkasa kemahiran pembelajaran abad ke-21 seperti amalan refleksi murid, kreativiti dan literasi digital. Walau bagaimanapun, kejayaan pendekatan ini memerlukan bimbingan guru, akses teknologi dan sokongan ekosistem pembelajaran yang kukuh. Kajian mencadangkan pembangunan modul digital interaktif, latihan profesional kepada guru sebagai fasilitator, dan kerjasama strategik antara sekolah dan keluarga bagi memperkukuh budaya pembelajaran kendiri dalam pendidikan rendah.

This study aimed to evaluate the implementation of the heutagogical approach in self-directed Malay language learning among Year 6 primary school students. A total of 352 students from 32 national schools in Hulu Selangor participated through a survey design. A 17-item dichotomous questionnaire was used to assess six key elements of heutagogy—exploration, creation, collaboration, sharing, reflection, and connectivity—as well as a self-efficacy scale. Findings revealed that 82.4% of students actively engaged in learning activities aligned with heutagogical principles. Exploration and creation recorded high means (0.74–0.90), indicating strong self-initiative and creativity. Reflection, sharing, and digital connectivity also showed high engagement, while after-school collaboration remained low (mean = 0.39). In terms of self-efficacy, students demonstrated high levels of perseverance and confidence (mean = 0.92–0.94), although nearly half still required initial teacher guidance (mean = 0.50). In conclusion, heutagogy can be feasibly implemented at the primary level, especially to cultivate 21st-century learning skills such as metacognition, creativity, and digital literacy. However, its success depends on effective teacher facilitation, technological access, and supportive learning environments. This study recommends the development of interactive digital modules, continuous teacher training as facilitators, and strengthened school-family collaboration to enhance the culture of self-directed learning in primary education.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-19

How to Cite

Musa, N. Z., & Mahamod, Z. (2025). PENDEKATAN HEUTAGOGI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH: THE HEUTAGOGICAL APPROACH IN MALAY LANGUAGE LEARNING AT THE PRIMARY SCHOOL LEVEL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(59). https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059070