GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) SOLAT FARDU: SATU TINJAUAN KEPERLUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
GAMIFICATION IN THE LEARNING AND SIMPLIFICATION (LnS) OF FARD PRAYERS : A NEEDS SURVEY OF PRIMARY SCHOOL ISLAMIC EDUCATION TEACHERS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059079Keywords:
Gamifikasi (Gamification), Pendidikan Islam (Islamic Education), Solat Fardu (Fard Prayers), Sekolah Rendah (Primary School), Pedalaman Sabah (Rural Sabah)Abstract
Gamifikasi merupakan pendekatan pedagogi inovatif yang semakin mendapat perhatian dalam kerangka pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Ia merupakan pendekatan pengajaran yang menggunakan elemen permainan seperti ganjaran, cabaran dan sistem tahap dalam konteks pembelajaran bukan permainan. Pendekatan ini telah terbukti mampu meningkatkan motivasi, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai bidang pendidikan. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, gamifikasi berpotensi besar untuk menarik minat murid, meningkatkan penglibatan murid, dan memudahkan pemahaman konsep ibadah yang bersifat abstrak seperti solat fardu. Tujuan kertas konsep ini dihasilkan adalah untuk meneliti keperluan guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap pembangunan modul pengajaran berasaskan gamifikasi, khususnya di sekolah rendah kawasan pedalaman. Kajian ini bersifat konseptual dan memanfaatkan sorotan literatur untuk mengenal pasti cabaran utama PdPc solat fardu seperti kekangan infrastruktur, kekurangan bahan bantu mengajar (BBM), dan kurangnya pendekatan interaktif. Gamifikasi dicadangkan sebagai strategi inovatif dengan elemen seperti ganjaran, cabaran, dan sistem tahap yang boleh disesuaikan dengan kandungan kurikulum Pendidikan Islam. Artikel ini mencadangkan garis panduan asas pembangunan modul gamifikasi yang mesra guru dan sesuai dengan konteks tempatan. Implikasinya merangkumi transformasi pedagogi PdPc ke arah pembelajaran yang lebih aktif, menyeronokkan dan berkesan.
Gamification is an innovative pedagogical approach that has garnered increasing attention within the framework of 21st century learning (PAK21). It refers to a teaching strategy that incorporates game elements such as rewards, challenges, and level systems into non-game learning environments. This approach has been shown to enhance students’ motivation, engagement, and academic achievement across various educational fields. In Islamic education subject, gamification holds significant potential to attract students’ interest, foster active participation, and facilitate the understanding of abstract religious concepts such as fard prayers. The purpose of this conceptual paper is to explore the needs of Islamic Education teachers regarding the development of a gamified instructional module, particularly in primary schools located in rural areas. This study adopts a conceptual methodogy approach and draws upon literature review to identify key challenges in the learning and simplification of fard prayers, including infrastructural limitations, inadequate teaching resources, and lack of interactive pedagogical strategies. Gamification is proposed as an innovative strategy that can be adapted to align with the Islamic education curriculum content. This article proposes basic guidelines for the development of teacher-friendly gamification modules that are appropriate to the local context. The implications include the transformation of PdPc pedagogy towards more active, enjoyable and effective classroom experiences.