PENDIDIKAN ISLAM BAGI MUALAF DI SABAH: ANALISIS CABARAN DAN PERANAN AGENSI PELAKSANA
ISLAMIC EDUCATION FOR CONVERTS IN SABAH: ANALYSIS OF CHALLENGES AND THE ROLE OF IMPLEMENTING AGENCIES
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1059083Keywords:
Mualaf (Convert), Cabaran Pendidikan (Educational Challenges), Agensi Pelaksana (Implementing Agency), Sabah, Pendidikan Islam (Islamic Education)Abstract
Sabah adalah sebuah negeri yang mencatatkan peningkatan orang memeluk agama Islam atau lebih dikenali sebagai “mualaf”. Namun sebagai mualaf, mereka tidak terlepas daripada cabaran dan kekangan dalam menjalani hidup sebagai seorang Muslim. Sebagai contoh, mereka mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga mereka sendiri sehingga dibuang dan dihalau dari rumah, mereka juga yang kurang mendapat bimbingan agama yang berterusan menyebabkan mereka menjadi keliru dalam mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar. Oleh kajian ini akan meninjau cabaran-cabaran yang menghalang mualaf dalam mendapat Pendidikan Islam atau bimbingan kelas agama. Selain itu, bagi mengetahui peranan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menagangani isu-isu berkaitan dengan pendidikan mualaf, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis dokumen dan temu bual awal dengan pegawai agensi berkaitan seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Hidayah Centre Foundation. Hasil daripada dapatan awal kajian, pengkaji mendapati terdapat usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak berwajib seperti menubuhkan Pusat Latihan Dakwah dan kelas bimbingan mualaf. namun masih lagi perlu diperkemaskan dari sudut penyelarasan gerak kerja di antara agensi, peningkatan tenaga pengajar atau pelatih mualaf serta diperluaskan lagi program Pendidikan Islam ke luar badar dan pendalaman. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan bersepadu dan berterusan diterapkan oleh semua pihak bagi menangani cabaran pendidikan dan memastikan pemantapan kefahaman Islam dalam kalangan mualaf.
Sabah is a state that has recorded an increase in people converting to Islam, commonly known as "mualaf". However, as converts, they do not escape the challenges and constraints of living as a Muslim. For example, they face severe opposition from their own families, leading to being disowned and expelled from their homes. They also lack continuous religious guidance, causing them to become confused in practicing the true teachings of Islam. This study will examine the challenges that hinder converts from receiving Islamic education or religious class guidance. In addition, to understand the roles of government and private agencies in addressing issues related to the education of converts, the researcher used a qualitative approach through document analysis and preliminary interviews with relevant agency officials such as the Sabah Islamic Religious Council (MUIS), the Malaysian Islamic Development Department (JAKIM), and non-governmental organisations like the Hidayah Centre Foundation. As a result of the initial findings of the study, the researchers found that there have been efforts made by the authorities, such as establishing Da'wah Training Centres and guidance classes for converts. However, there is still a need to improve the coordination of work between agencies, enhance the training of instructors or convert trainees, and expand Islamic education programs to rural and remote areas. This study suggests that a comprehensive and continuous approach should be implemented by all parties to address educational challenges and ensure the strengthening of Islamic understanding among converts.
