PENTAKSIRAN PENDIDIKAN PINTAR DAN BERBAKAT INTEGRASI NAQLI DAN AQLI (IGEd)
Keywords:
Pendidikan Pintar Dan Berbakat Integrasi Naqli Dan Aqli (IGEd), Pentaksiran, Pentaksiran Bersepadu, SekolahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan pentaksiran pendidikan pintar dan berbakat integrasi naqli dan aqli yang telah dilaksanakan di Kolej PERMATA Insan (KPI), iaitu sebuah institusi untuk murid Islam yang pintar dan cerdas. Pentaksiran yang dilaksanakan menggunakan konsep pentaksiran bersepadu untuk penilaian akhir semester murid-murid semasa pandemik COVID-19 dan masih dilaksanakan sehingga sekarang. Tujuan utama pentaksiran bersepadu di KPI adalah untuk membina hasil pembelajaran yang dapat mengintegrasikan dan menyepadukan ilmu-ilmu naqli (Al Quran dan hadis) ke dalam ilmu aqli. Seterusnya, ini dapat menilai keberhasilan murid secara merentas kurikulum dengan mengintegrasikan pelbagai cabang ilmu bagi menghasilkan murid-murid yang bersifat futuristik, berkepimpinan, boleh mengetahui dan menguasai pelbagai bahasa, mempunyai pemikiran global dan bercirikan penyelidikan. Satu soal selidik terhadap pelaksanaan pentaksiran telah dijalankan di kalangan murid KPI bagi memperoleh maklum balas murid, merangkumi tiga komponen utama: (i) penerimaan murid terhadap pelaksanaan pentaksiran, (ii) persekitaran pembelajaran dan (iii) pelaksanaan pentaksiran terhadap persediaan murid mengikut norma baru pentaksiran. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan agar pentaksiran bersepadu ini diperkenalkan kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.