PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR MULTISENSORI DALAM MENYOKONG KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULIS HURUF
UTILIZING MULTISENSORY TEACHING AIDS TO FOSTER LETTER RECOGNITION AND WRITING ACQUISITION
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061010Keywords:
Bahan Bantu Mengajar (Teaching Aids), Pendekatan Multisensori (Multisensory Approach), Literasi Awal (Early Literacy), Mengecam Huruf (Letter Discrimination), Mengenal Huruf (Letter Recognition), Huruf B dan D ( Letters B and D), Prasekolah (Preschool)Abstract
Kemahiran mengenal huruf adalah antara kemahiran literasi awal yang paling asas dan penting dalam memastikan keupayaan murid seterusnya untuk membaca dan menulis. Hakikatnya, ramai murid prasekolah mempunyai masalah dalam mengenal huruf sehingga menjejaskan kelancaran untuk membaca. Kesukaran membezakan huruf ‘b’ dan ‘d’ adalah disebabkan huruf-huruf ini mempunyai bentuk visual dan orientasi yang sama. Kajian ini bertujuan meneroka penggunaan Happy Learning yang berasaskan pendekatan multisensori bagi membantu murid mengenal dan menulis huruf ‘b’ dan ‘d’ dengan betul. Bahan bantu mengajar ini menggabungkan empat deria; penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan yang mengandungi (i) Video Lagu Huruf, (ii) Kad Huruf Sensori, (iii) Kad Road Letter dan (iv) Kad Menulis. Peserta kajian terdiri daripada murid prasekolah berusia enam tahun, murid pemulihan khas, dan murid berkeperluan pendidikan khas. Data diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ketepatan murid mengenal dan membezakan huruf ‘b’ dan ‘d’. Selain itu, ia berjaya meningkatkan daya tumpuan, motivasi belajar, dan keyakinan diri murid dalam proses literasi awal. Bahan bantu mengajar multisensori yang digunakan dalam kajian ini bukan sahaja sesuai untuk pembelajaran murid tipikal tetapi juga relevan untuk tujuan pemulihan dan murid pendidikan khas, seterusnya menyumbang kepada pembinaan asas literasi yang kukuh dari peringkat awal.
Letter recognition is one of the most fundamental and critical early literacy skills, essential for ensuring students' subsequent capacity for reading and writing. In reality, many preschool students struggle with letter recognition, which consequently impedes their reading fluency. The difficulty in distinguishing between the letters 'b' and 'd' is often due to their similar visual form and orientation. This study aims to explore the use of "Happy Learning," a tool based on a multisensory approach, to help students correctly identify and write the letters 'b' and 'd'. This teaching aid integrates four senses; sight, hearing, movement, and touch through the use of (i) Letter Song Videos, (ii) Sensory Letter Cards, (iii) Road Letter Cards, and (iv) Writing Cards. The study participants consisted of six-year-old preschool students, students in special remedial programs, and students with special educational needs. Data were collected through pre-tests and post-tests, observations, and interviews. The findings indicate a significant improvement in the students' accuracy in recognizing and distinguishing between the letters 'b' and 'd'. Furthermore, the approach successfully enhanced students' concentration, learning motivation, and self-confidence within the early literacy process. The multisensory teaching aids employed in this study are not only suitable for typical learners but are also relevant for remedial and special education purposes, thereby contributing to the establishment of a strong literacy foundation from an early stage.
