PENDEKATAN FLIPPED CLASSROOM DALAM PEMBELAJARAN AATHICHUDI MURID TAHUN ENAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN
THE FLIPPED CLASSROOM APPROACH IN LEARNING AATHICHUDI FOR YEAR SIX STUDENTS AT SEKOLAH KEBANGSAAN
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061030Keywords:
Flipped Classroom, Pembelajaran Terbalik, Aathichudi, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Pembelajaran Aktif (Active Learning), Pendidikan Bahasa Tamil (Tamil Language Learning), Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) (National Primary School), Kuasi Eksperimen (Quasi-Experimental Study)Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti isu-isu dalam pembelajaran Aathichudi serta menganalisis keperluan murid dan guru dalam penyediaan bahan pembelajaran yang bersesuaian. Seterusnya, kajian ini membina bahan dan aktiviti pembelajaran Aathichudi berasaskan pendekatan Flipped Classroom, dan menilai kebolehgunaan bahan tersebut dalam kalangan murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan pendekatan kuasi-eksperimen bagi mencapai tiga objektif kajian utama. Seramai 62 orang murid Tahun Enam dari dua buah sekolah di Daerah Kinta Utara, Perak telah terlibat sebagai sampel kajian, terdiri daripada 30 orang dalam kumpulan kawalan dan 32 orang dalam kumpulan rawatan. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi berdasarkan skor ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam pencapaian kumpulan rawatan selepas pelaksanaan intervensi Flipped Classroom. Peratusan murid yang mencapai tahap cemerlang meningkat daripada 0% kepada 9%, manakala tahap memuaskan meningkat daripada 38% kepada 56%, dan tahap belum mencapai tahap minimum menurun daripada 12% kepada 0%. Secara keseluruhannya, pendekatan Flipped Classroom didapati dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Aathichudi serta memberikan implikasi penting kepada pendidik dalam merancang strategi PdP yang lebih inovatif, menarik dan berpusatkan murid.
This study was conducted to identify issues in learning Aathichudi and to analyze the needs of pupils and teachers in preparing appropriate learning materials. Furthermore, it aimed to develop Aathichudi learning materials and activities based on the Flipped Classroom approach and to evaluate their usability among Year Six pupils in national primary schools. The study employed a quantitative research design using a quasi-experimental approach to achieve three main research objectives. A total of 62 Year Six pupils from two schools in Kinta Utara District, Perak participated in this study, comprising 30 pupils in the control group and 32 pupils in the treatment group. Data were analyzed using descriptive and inferential statistics based on pre-test and post-test scores. The findings revealed a significant improvement in the achievement of the treatment group after the implementation of the Flipped Classroom intervention. The percentage of pupils achieving the excellent level increased from 0% to 9%, while those at the satisfactory level increased from 38% to 56%, and those below the minimum level decreased from 12% to 0%. Overall, the Flipped Classroom approach was found to enhance the effectiveness of teaching and learning Aathichudi and provides important implications for educators in designing more innovative, engaging, and learner-centered instructional strategies.
