HUBUNGAN KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN, PERSEKITARAN KERJA DAN TEKANAN PEKERJA TERHADAP PRESTASI KERJA

THE RELATIONSHIP BETWEEN SAFETY AND HEALTH AWARENESS, WORK ENVIRONMENT, AND EMPLOYEE STRESS ON WORK PERFORMANCE

Authors

  • Rogis Baker Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Nur Surayya Mohd Saudi Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Mohd Hamran Mohamad Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Safiah Suhaimi Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Mohamed Ayyub Hassan Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Muhammad Zahrin Zainal Faculty of Information Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061032

Keywords:

Keselamatan dan Kesihatan (Safety and Health), Persekitaran Kerja (Work Environment), Tekanan Kerja dan Prestasi Kerja (Work Stress, and Work Performance)

Abstract

Prestasi kerja merupakan elemen kritikal yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi ke arah merealisasikan visi dan misi yang telah ditetapkan. Permasalahan prestasi kerja yang tidak konsisten dalam kalangan tenaga kerja boleh mencetuskan pelbagai implikasi negatif, termasuk penurunan produktiviti, kemerosotan moral pekerja, impak kepada reputasi organisasi, dan peningkatan kos operasi. Justeru, kajian ini dijalankan dengan objektif utama untuk meneliti pengaruh tiga pemboleh ubah bebas, iaitu kesedaran keselamatan dan kesihatan, persekitaran tempat kerja, dan tekanan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja di sebuah institusi keselamatan sosial yang menguruskan hal ehwal persaraan di Malaysia. Seramai 152 orang pekerja telah dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpulkan menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik secara dalam talian melalui platform Google Form. Analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan inferensi bagi mengukur taburan demografi serta menguji hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut, iaitu kesedaran keselamatan dan kesihatan, persekitaran tempat kerja, dan tekanan kerja, mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja. Keputusan analisis ini menekankan bahawa ketiga-tiga faktor tersebut merupakan penyumbang utama kepada peningkatan prestasi kerja seseorang. Sebagai implikasi daripada dapatan kajian, pihak majikan disarankan untuk memberi penekanan yang lebih serius terhadap pembudayaan amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Selain itu, adalah penting untuk memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan menyeronokkan bagi mengurangkan tahap tekanan kerja dan meningkatkan kesejahteraan holistik pekerja. Pembudayaan ini dijangka akan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja secara keseluruhannya.

Work performance is a critical element that contributes to the success of an organization in realizing its established vision and mission. The issue of inconsistent work performance among the workforce can trigger various negative implications, including decreased productivity, deterioration of employee morale, an impact on the organization's reputation, and increased operating costs. Therefore, this study was conducted with the primary objective of examining the influence of three independent variables: safety and health awareness, workplace environment, and work stress on the work performance of employees at a social security institution that manages retirement affairs in Malaysia. A total of 152 employees were selected as study respondents. Data was collected using a quantitative method via an online questionnaire distributed through the Google Forms platform. The data analysis involved the use of descriptive and inferential statistics to measure demographic distribution and test the relationship between the variables. The study's findings indicate that all three variables: safety and health awareness, workplace environment, and work stress have a significant relationship with employee work performance. This analytical result highlights that these three factors are key contributors to the improvement of an individual's work performance. As an implication of the findings, employers are advised to place more serious emphasis on cultivating safety and health practices in the workplace. Furthermore, it is important to ensure a conducive and pleasant work environment to reduce the level of work stress and improve the holistic well-being of employees. The cultivation of these practices is expected to create a more positive work environment, thereby enhancing overall work performance.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-03

How to Cite

Baker, R., Saudi, N. S. M., Mohamad, M. H., Suhaimi, S., Hassan, M. A., & Zainal, M. Z. (2025). HUBUNGAN KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN, PERSEKITARAN KERJA DAN TEKANAN PEKERJA TERHADAP PRESTASI KERJA: THE RELATIONSHIP BETWEEN SAFETY AND HEALTH AWARENESS, WORK ENVIRONMENT, AND EMPLOYEE STRESS ON WORK PERFORMANCE. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(61), 427–443. https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061032