HUBUNGAN ANTARA IHSAN KENDIRI DAN DAYA TAHAN TERHADAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PELAJAR KAUNSELING
THE RELATIONSHIP BETWEEN SELF-COMPASSION AND RESILIENCE TOWARDS PSYCHOLOGICAL WELL-BEING AMONG COUNSELING STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061040Keywords:
Ihsan Kendiri (Self-Compassion), Daya Tahan (Resilience), Kesejahteraan Psikologi (Psychological Well Being), Kaunseling (Counselling), Pelajar (University Student)Abstract
Kesejahteraan psikologi merujuk kepada suatu keadaan di mana aspek fizikal, mental dan sosial individu berada pada tahap yang seimbang serta optimum tanpa kehadiran penyakit atau gannguan yang berkaitan dengan kesihatan mental. Keadaan ini memerlukan penelitian yang mendalam terhadap faktor-faktor individu bagi memastikan pencapaian tahap kesejahteraan diri yang holistik dan berterusan. Perkara ini amat penting bagi mahasiswa untuk melangsungkan pengajian mereka di universiti. Pengajian di universiti bukanlah suatu fasa yang mudah kerana mereka akan mengalami fasa kesukaran, konflik dan sebagainya. Semua cabaran yang dialami oleh mahasiswa di peringkat universiti memberi pengalaman positif atau negatif sepanjang pengajian. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara ihsan kendiri dan daya tahan terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar kaunseling di Universiti Sultan Azlan Shah. Reka bentuk kuantitatif tinjauan keratan rentas digunakan melibatkan 234 responden yang dipilih secara rawak mudah terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Instrumen yang digunakan ialah Skala Ihsan Kendiri, Brief Resilience Scale dan Skala Kesejahteraan Psikologi. Analisis korelasi menunjukkan ihsan kendiri mempunyai hubungan positif yang kuat dengan kesejahteraan psikologi (r=0.616, p<0.01) manakala daya tahan menunjukkan hubungan positif sederhana (r=0.410, p<0.01). Regresi berganda mendapati dimensi kesedaran (β=2.739, p=0.000) dan terasing (β=1.315, p=0.024) merupakan peramal signifikan, menjelaskan 40.3% varians kesejahteraan psikologi. Hasil kajian menegaskan bahawa ihsan kendiri terutama kesedaran serta daya tahan merupakan faktor penting dalam mengekalkan kesejahteraan emosi, mental dan sosial pelajar kaunseling. Implikasi kajian mencadangkan institusi pengajian tinggi melaksanakan program intervensi psikopendidikan yang menekankan latihan kesedaran diri, pengurusan emosi dan pembangunan daya tahan bagi menyokong pencapaian akademik dan kesejahteraan holistik pelajar.
Psychological well-being refers to a state in which an individual’s physical, mental, and social aspects are balanced and functioning optimally, without the presence of illness or mental health disorders. This condition requires a thorough examination of individual factors to ensure the achievement of a holistic and sustainable level of well-being. Such well-being is particularly important for university students to sustain their academic journey. Studying at the university level is not an easy phase, as students often encounter challenges, conflicts, and various forms of difficulties. These experiences, whether positive or negative, shape their overall learning journey. This study aims to examine the relationship between self-compassion and resilience with psychological well-being among counselling students at Universiti Sultan Azlan Shah. A quantitative cross-sectional survey design was employed, involving 234 respondents who were randomly selected from the Bachelor of Counselling program. The instruments used were the Self-Compassion Scale, Brief Resilience Scale, and Psychological Well-Being Scale. Correlation analysis revealed that self-compassion had a strong positive relationship with psychological well-being (r = 0.616, p < 0.01), while resilience showed a moderate positive relationship (r = 0.410, p < 0.01). Multiple regression analysis indicated that the dimensions of mindfulness (β = 2.739, p = 0.000) and isolation (β = 1.315, p = 0.024) were significant predictors, explaining 40.3% of the variance in psychological well-being. The findings emphasize that self-compassion, particularly the mindfulness component, along withresilience, are crucial factors in maintaining the emotional, mental, and social well-being of counselling students. The study’s implications suggest that higher education institutions should implement psychoeducational intervention programs focusing on self-awareness training, emotional regulation, and resilience development to support students’ academic achievement and holistic well-being.
