INOVASI DIGITAL DALAM KELAS TAMIL: PERANAN APLIKASI SUNO TERHADAP PENGAJARAN KESUSASTERAAN

DIGITAL INNOVATION IN TAMIL CLASSROOMS: THE ROLE OF THE SUNO APPLICATION IN LITERATURE TEACHING

Authors

  • Rajeswarie Gopal Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
  • Kartheges Ponniah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061047

Keywords:

Suno AI, Kesusasteraan Tamil (Tamil Literature), Inovasi Digital (Digital Innovation), Penjanaan Muzik (Music Generation), Model PGRRF (PGRRF Model), Pembelajaran Berasaskan AI (AI-based Learning)

Abstract

Kajian ini meneliti penggunaan Suno AI sebagai alat pedagogi kreatif dalam pengajaran Kesusasteraan Tamil peringkat menengah. Suno AI, iaitu platform penjanaan muzik berasaskan kecerdasan buatan, digunakan oleh seorang guru berpengalaman bersama dua orang murid bagi menghasilkan lagu berdasarkan bab novel yang dipelajari. Kajian ini bertujuan mengenal pasti corak pelaksanaan penggunaan AI dalam bilik darjah, menilai manfaat yang dicerap oleh guru, serta menganalisis kekangan teknikal dan pedagogi yang timbul. Data diperoleh melalui pemerhatian proses pembelajaran yang mengikuti Model Iteratif PGRRF (Prompt → Generate → Review → Regenerate → Finalize). Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan Suno AI membantu murid menghayati kandungan teks melalui medium muzik, sekali gus meningkatkan kreativiti, penglibatan, dan pemahaman naratif. Murid berjaya menghasilkan karya muzik dengan gaya yang berbeza, termasuk komposisi melodi jazz dan naratif pertuturan mono-vokal, yang masing-masing mencerminkan interpretasi individu terhadap bab novel. Walau bagaimanapun, kekangan seperti ketidakpastian hak cipta, had penyuntingan akaun percuma, serta gangguan sambungan Wi-Fi mengurangkan keberkesanan pelaksanaan. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa integrasi Suno AI berpotensi memperkaya pedagogi sastera melalui gabungan teknologi, muzik, dan bahasa, namun memerlukan garis panduan jelas untuk memastikan penggunaan yang beretika dan praktikal dalam konteks bilik darjah.

This study examines the use of Suno AI as a creative pedagogical tool in the teaching of Tamil Literature at the secondary school level. Suno AI, an artificial intelligence–based music generation platform, was used by an experienced teacher and two students to create songs based on assigned chapters from a novel. The study aims to identify classroom implementation patterns, explore the perceived benefits of AI-generated music, and analyse the technical and pedagogical constraints encountered. Data were collected through observations of the learning process guided by the iterative PGRRF Model (Prompt → Generate → Review → Regenerate → Finalize). Findings show that Suno AI enables students to understand literary content through musical expression, thereby enhancing creativity, engagement, and narrative comprehension. Students produced distinct musical outputs, including a jazz-inspired melodic composition and a monophonic spoken narrative, reflecting individual interpretations of the novel chapters. However, constraints such as copyright ambiguities, limited editing capabilities in free accounts, and Wi-Fi disruptions affected the overall workflow. Overall, the study demonstrates that integrating Suno AI can enrich literature learning by combining technology, music, and language, while highlighting the need for clear guidelines to ensure ethical and effective classroom use.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-07

How to Cite

Gopal , R., & Ponniah, K. (2025). INOVASI DIGITAL DALAM KELAS TAMIL: PERANAN APLIKASI SUNO TERHADAP PENGAJARAN KESUSASTERAAN: DIGITAL INNOVATION IN TAMIL CLASSROOMS: THE ROLE OF THE SUNO APPLICATION IN LITERATURE TEACHING. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(61), 680–690. https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061047