PERANAN NOMOFOBIA SEBAGAI FAKTOR PERANTARA ANTARA PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DAN PRESTASI BUKAN AKADEMIK PELAJAR

NOMOPHOBIA AS A MEDIATOR BETWEEN SMARTPHONE USE AND STUDENTS’ NON ACADEMIC PERFORMANCE

Authors

  • Syamimi Mansor Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Mohd Abdullah Jusoh Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Rogis Baker Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061072

Keywords:

Penggunaan Telefon Pintar (Smartphone Use), Nomofobia (Nomophobia), Prestasi Bukan Akademik (Non-Academic Performance), Analisis Regresi (Regression Analysis), Analisis Pengantara (Mediation Analysis), Pelajar Tingkatan Enam ( Form Six Students)

Abstract

Dalam era perkembangan pesat teknologi digital, penggunaan telefon pintar secara meluas telah menimbulkan pelbagai isu berkaitan dengan tingkah laku pembelajaran dan kesejahteraan bukan akademik dalam konteks bilik darjah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara penggunaan telefon pintar semasa dalam kelas dengan prestasi bukan akademik pelajar, serta menilai peranan tingkah laku nomofobia sebagai pemboleh ubah perantara dalam hubungan tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif dengan pendekatan tinjauan melalui soal selidik yang melibatkan seramai 382 orang pelajar tingkatan enam di Malaysia yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26 melalui kaedah analisis regresi mudah dan regresi berganda bagi menilai hubungan antara pemboleh ubah bebas dan bersandar. Seterusnya, analisis pengantara dijalankan dengan menggunakan ujian Sobel dan teknik bootstrapping bagi menilai peranan nomofobia sebagai pemboleh ubah pengantara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar semasa dalam kelas memberikan pengaruh positif yang signifikan terhadap nomofobia. Seterusnya, penggunaan telefon pintar menunjukkan pengaruh positif yang signifikan terhadap prestasi bukan akademik. Nomofobia pula menunjukkan pengaruh positif yang signifikan terhadap prestasi bukan akademik. Akhir sekali, dapatan menunjukkan berlakunya pengantaraan separa kerana kedua-dua kesan langsung antara penggunaan telefon pintar dan prestasi bukan akademik dan kesan tidak langsung melalui nomofobia bergerak dalam arah yang sama iaitu signifikan positif. Implikasi kajian ini mencadangkan keperluan untuk memperkenalkan pendekatan penggunaan telefon pintar secara seimbang melalui pembangunan intervensi berbentuk garis panduan penggunaan telefon pintar yang menekankan keseimbangan antara kebergantungan teknologi dan pengurusan kendiri. Selain itu, kajian ini mencadangkan agar pihak sekolah melaksanakan intervensi psikososial yang merangkumi program kesedaran nomofobia, bengkel pengurusan emosi dan latihan literasi digital bagi memupuk penggunaan teknologi yang lebih sihat dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sokongan sistematik daripada pentadbir pendidikan perlu diperkukuh melalui pelaksanaan polisi penggunaan telefon pintar yang fleksibel tetapi terkawal bagi memaksimumkan potensi positif teknologi tanpa menjejaskan kesihatan mental.

In the era of rapid digital technological advancement, the widespread use of smartphones has raised various concerns regarding learning behaviours and students’ non-academic well-being in classroom contexts. This study investigates the relationship between smartphone use during class and the non-academic performance of Form Six students, as well as the mediating role of nomophobia behaviour in this relationship. A quantitative survey design was employed, involving 382 Form Six students in Malaysia selected through simple random sampling. Data were analysed using SPSS version 26, employing simple and multiple regression analysed to examine the relationships between the independent and dependent variables. Mediation analysis was subsequently conducted using the Sobel test and bootstrapping techniques to assess the mediating role of nomophobia. The findings indicate that smartphone use during class has a significant positive effect on nomophobia. Furthermore, smartphone use exerts a significant positive influence on students’ non-academic performance, while nomophobia also demonstrates a significant positive effect on non-academic performance. Mediation analysis reveals partial mediation, as both the direct effect of smartphone use on non-academic performance and the indirect effect through nomophobia are significant and operate in the same positive direction. The implications of this study highlight the need for balanced smartphone usage approaches through the development of intervention-based guidelines that emphasise the equilibrium between technological dependence and self-regulation. Schools are also encouraged to implement psychosocial interventions, including nomophobia awareness programmes, emotional management workshops, and digital literacy training, to foster healthier technology usage among students. Finally, systematic support from educational administrators should be strengthened through flexible yet regulated smartphone usage policies to maximise the positive potential of technology without compromising students’ mental health.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-17

How to Cite

Mansor, S., Jusoh, M. A., & Baker, R. (2025). PERANAN NOMOFOBIA SEBAGAI FAKTOR PERANTARA ANTARA PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DAN PRESTASI BUKAN AKADEMIK PELAJAR: NOMOPHOBIA AS A MEDIATOR BETWEEN SMARTPHONE USE AND STUDENTS’ NON ACADEMIC PERFORMANCE. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(61), 1058–1075. https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061072