PENGARUH KEPIMPINAN LESTARI TERHADAP KOMPETENSI PENGAJARAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR: ANALISIS MEDIASI EFIKASI GURU MENGGUNAKAN PLS-SEM

THE INFLUENCE OF SUSTAINABLE LEADERSHIP ON ENVIRONMENTAL EDUCATION TEACHING COMPETENCE: A PLS-SEM MEDIATION ANALYSIS OF TEACHER EFFICACY

Authors

  • Nabihah Mohd Nawi Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Malaysia
  • Ahmad Zabidi Abdul Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Malaysia
  • Intan Marfarrina Omar Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Malaysia
  • Mohamad Nizam Nazarudin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061080

Keywords:

Kepimpinan Lestari (Sustainable Leadership), Efikasi Guru (Teacher Efficacy), Kompetensi Pengajaran (Teaching Competence), Pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education), Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari ( Education for Sustainable Development), PLS-SEM, Guru Sekolah Rendah (Primary School Teachers)

Abstract

Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development, ESD) menuntut guru yang memiliki kompetensi pedagogi yang kukuh serta disokong oleh kepimpinan sekolah yang berorientasikan kelestarian. Walau bagaimanapun, mekanisme empirikal yang menjelaskan bagaimana kepimpinan lestari mempengaruhi kompetensi pengajaran pendidikan alam sekitar masih kurang diterokai. Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara kepimpinan lestari, efikasi guru dan kompetensi pengajaran pendidikan alam sekitar, dengan memberi tumpuan khusus kepada peranan pengantaraan efikasi guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif keratan rentas melibatkan guru sekolah rendah dan dianalisis menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Keputusan analisis menunjukkan bahawa kepimpinan lestari tidak mempunyai pengaruh langsung yang signifikan terhadap kompetensi pengajaran pendidikan alam sekitar. Sebaliknya, kepimpinan lestari mempengaruhi kompetensi pengajaran secara tidak langsung melalui efikasi strategi pengajaran dan efikasi penglibatan murid, manakala efikasi pengurusan bilik darjah tidak menunjukkan kesan pengantaraan yang signifikan. Dapatan ini mengesahkan kewujudan mediasi hampir penuh, di mana kesan kepimpinan lestari terhadap kompetensi pengajaran hanya menjadi bermakna apabila diterjemahkan melalui amalan pedagogi guru. Kajian ini menyumbang kepada literatur dengan memperjelas peranan kepimpinan lestari sebagai pemudah cara institusi yang membentuk konteks organisasi dan psikologi guru, bukannya sebagai peramal langsung kepada kompetensi pengajaran. Dari sudut praktikal, dapatan kajian menekankan keperluan pembangunan kepimpinan sekolah yang menyokong efikasi pedagogi guru bagi memperkukuh pelaksanaan pendidikan alam sekitar secara mampan.

Education for Sustainable Development (ESD) requires teachers to demonstrate strong pedagogical competence supported by sustainability-oriented school leadership. However, empirical evidence explaining the mechanisms through which sustainable leadership influences competence in environmental education teaching remains limited. This study examines the relationships between sustainable leadership, teacher efficacy, and ecological education teaching competence, with particular emphasis on the mediating role of teacher efficacy. A quantitative cross-sectional design was employed involving primary school teachers, and the data were analysed using Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). The findings reveal that sustainable leadership does not exert a significant direct effect on teaching competence in environmental education. Instead, its influence is transmitted indirectly through instructional strategy efficacy and student engagement efficacy, while classroom management efficacy does not function as a significant mediator. The results confirm the presence of near-full mediation, indicating that the effect of sustainable leadership on teaching competence becomes meaningful only when translated into teachers’ pedagogical practices. The study contributes to the literature by clarifying the role of sustainable leadership as an institutional enabling condition that shapes organisational context and teachers’ psychological capacity, rather than as a direct predictor of teaching competence. Practically, the findings highlight the importance of strengthening school leadership practices that enhance teachers’ pedagogical efficacy to support effective implementation of environmental education within the ESD framework.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-24

How to Cite

Nawi, N. M., Abdul Razak, A. Z., Omar, I. M., & Nazarudin, M. N. (2025). PENGARUH KEPIMPINAN LESTARI TERHADAP KOMPETENSI PENGAJARAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR: ANALISIS MEDIASI EFIKASI GURU MENGGUNAKAN PLS-SEM: THE INFLUENCE OF SUSTAINABLE LEADERSHIP ON ENVIRONMENTAL EDUCATION TEACHING COMPETENCE: A PLS-SEM MEDIATION ANALYSIS OF TEACHER EFFICACY. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(61), 1162–1180. https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061080