KEBOLEHGUNAAN GAMIE-MODUL LANR (LATIHAN ASAS NOTA RINGKAS) BAGI PENGIRAAN BAJA DALAM KALANGAN MURID PERTANIAN

USABILITY OF GAMIE-MODUL LaNr (BASIC EXERCISE BRIEF NOTE) FOR FERTILIZER CALCULATION AMONG AGRICULTURAL STUDENTS

Authors

  • Anizah Mohd Salleh Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nur Ayuni Natasha Roslan Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Shafeeqa Shahruddin Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Faizah Abu Kassim Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061090

Keywords:

Bahan Bantu Mengajar (Teaching Aids Tools), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology), E-Modul (E-Modules), Gamifikasi (Gamification), Pengiraan Baja ( Fertilizer Calculation)

Abstract

Bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berupaya mencipta lingkungan pembelajaran yang interaktif di dalam kelas. Walau bagaimanapun, penggunaan TMK masih belum lagi dilaksanakan secara menyeluruh dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Situasi ini turut dihadapi bagi mata pelajaran Pertanian berikutan terdapat guru yang kurang berminat dengan penggunaan BBM berasaskan teknologi. Maka, penghasilan E-Modul yang dilengkapi dengan komponen gamifikasi bagi subtopik Pengiraan Baja iaitu GamiE-Modul LaNr (Latihan asas Nota ringkas) merupakan inovasi aplikasi TMK dalam PdPc. Bagi tujuan kajian ini, kebolehgunaan GamiE-Modul LaNr bagi subtopik Pengiraan Baja dinilai dari elemen kandungan, multimedia dan teknikal dalam kalangan murid Tingkatan 4 Pertanian di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Alor Setar, Kedah. Penilaian kebolehgunaan ini menggunakan penyelidikan kuantitatif dengan kaedah soal selidik yang melibatkan seramai 52 orang responden. Data dianalisis secara diskriptif statistik dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 27 bagi mendapatkan kekerapan (f), peratus (%), min (M) dan sisihan piawai (SP). Elemen yang mencatat nilai min keseluruhan tertinggi ialah teknikal (M=4.74) dan diikuti oleh kandungan (M=4.69) dan multimedia (M=4.67). Kajian ini memberi implikasi yang positif kepada murid melalui penggunaan GamiE-Modul LaNr sebagai BBM sekaligus dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dalam subtopik Pengiraan Baja. Ia turut mengetengahkan potensi elemen teknikal yang menjadi elemen utama dalam pembangunan BBM berasaskan TMK.

Teaching aids tools based on Information and Communication Technology (ICT) are able to create an interactive learning environment in the classroom. However, the use of ICT has not yet been implemented comprehensively in the learning and facilitation process. This situation is also faced for the Agriculture subject as there are teachers who are less interested in the use of technological-based teaching aids tools. Therefore, the production of E-Modules equipped with gamification components for the Fertilizer Calculation subtopic, namely GamiE-Modul LaNr (Basic Training Short Notes) is an innovation in the application of ICT in the learning and facilitation process. For the purpose of this study, the usability of GamiE-Modul LaNr for the Fertilizer Calculation subtopic was assessed from content, multimedia and technical elements among Form 4 Agriculture students at Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Alor Setar, Kedah. This usability assessment used quantitative research with a questionnaire method involving 52 respondents. The data was analyzed descriptively using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Version 27 software to obtain frequency (f), percentage (%), mean (M) and standard deviation (SP). The element that recorded the highest overall mean value was technical (M=4.74) followed by content (M=4.69) and multimedia (M=4.67). This study has positive implications for students through the use of GamiE-Modul LaNr as teaching aids tools and can help improve students' understanding of the Fertilizer Calculation subtopic. It also highlights the potential of technical elements which are the main elements in the development of teaching aids tools based on ICT.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Mohd Salleh, A., Roslan, N. A. N., Shahruddin, S., & Abu Kassim, F. (2025). KEBOLEHGUNAAN GAMIE-MODUL LANR (LATIHAN ASAS NOTA RINGKAS) BAGI PENGIRAAN BAJA DALAM KALANGAN MURID PERTANIAN: USABILITY OF GAMIE-MODUL LaNr (BASIC EXERCISE BRIEF NOTE) FOR FERTILIZER CALCULATION AMONG AGRICULTURAL STUDENTS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 10(61), 1310–1328. https://doi.org/10.35631/IJEPC.1061090