KEBERKESANAN CHATGPT DALAM PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU TERHADAP MURID PINTAR DAN BERBAKAT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1162078Keywords:
ChatGPT, Keberkesanan Pembelajaran (Learning Effectiveness), Murid Pintar Dan Berbakat (Gifted and Talented Students), Tatabahasa Bahasa Melayu (Malay Grammar)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan aplikasi ChatGPT dalam pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu terhadap murid pintar dan berbakat. Seramai 18 orang murid pintar dan berbakat dari Kolej PERMATA@Pintar, UKM telah dipilih sebagai sampel melalui persampelan bertujuan.Reka bentuk kajian menggunakan kajian tindakan yang melibatkan beberapa fasa seperti perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Pra dan Ujian Post bagi mengukur tahap kefahaman murid sebelum dan selepas intervensi penggunaan ChatGPT. Analisis data menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan majoriti responden, dengan 77.8% murid mencatatkan peningkatan markah dalam Ujian Post berbanding Ujian Pra. Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan ChatGPT berpotensi membantu meningkatkan pemahaman tatabahasa, menjana idea serta menyokong pembelajaran kendiri. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil murid menunjukkan markah yang tidak berubah atau menurun, sekali gus menandakan bahawa keberkesanan aplikasi ini dipengaruhi oleh tahap keupayaan individu dan kemahiran menggunakan teknologi secara kritis. Secara keseluruhannya, kajian ini mengesahkan bahawa ChatGPT merupakan alat sokongan pedagogi yang berpotensi meningkatkan motivasi, penglibatan dan prestasi murid, namun penggunaannya perlu disertai dengan bimbingan guru serta penilaian terhadap ketepatan maklumat bagi memastikan keberkesanan pembelajaran yang optimum.
This study aims to evaluate the effectiveness of the ChatGPT application in learning Malay grammar among gifted and talented students. A total of 18 gifted and talented students from Kolej PERMATA@Pintar, UKM were selected as the sample through purposive sampling. The study employed an action research design involving several phases, namely planning, action, observation, and reflection. The research instruments consisted of a Pre-Test and Post-Test to measure students’ level of understanding before and after the ChatGPT intervention. Data analysis indicated an improvement in academic achievement among the majority of respondents, with 77.8% of students demonstrating higher scores in the Post-Test compared to the pre-Test. These findings suggest that the use of ChatGPT has the potential to enhance grammar comprehension, generate ideas, and support self-directed learning. However, a small number of students showed no change or a decline in scores, indicating that the effectiveness of the application is influenced by individual ability levels and the skills required to use technology critically. Overall, this study confirms that ChatGPT is a pedagogical support tool with the potential to increase students’ motivation, engagement, and academic performance. Nevertheless, its use should be accompanied by teacher guidance and careful evaluation of information accuracy to ensure optimal learning effectiveness.
Downloads
References
Adarkwah M. A., Samuel Anokye Badu, Evans Appiah Osei, Enoch Adu-Gyamfi, Jonathan Odame & Kathe Schneider. 2025. ChatGPT in Healthcare Education: A double-edge Sword of Trends, Challenges, and Opportunities. Discov Educ 4.
Ahmad Afandi, 2024. Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Suatu Tinjauan Literatur. International Journal of the Malay World and Civilisation. 12 (1): 15-26.
Aliff Aiman & Anim Zalina, 2024. Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan ChatGPT Terhadap Penulisan Tesis dalam Kalangan Pelajar Pasca Siswazah di UTHM. Research in Management of Technology and Business 5 (1): 579-592.
Annuar Khisham, Zaitul Azma & Sharil Nizam Sha’ri. 2021. Tahap Penguasaan Penggunaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar di Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, Jilid 12(1): 90-104.
Bakialekshmi Selvanathan & Selvi Narayanan, 2024. Chatgpt in Higher Education Malaysia: An Opportunity or Threat to The Education System. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development 13 (3): 965-979.
Elisnoramazliza Ab Hamid, Hartati Maskur & Roshila Abdul Mutalib. 2023. The Use Of ChatGPT Applications In Learning: Impact On Understanding and Student Engagement in TVET Institutions. Malaysian Journal of Information and Communication Technology 8 (2): 78-87.
Hiroki Nomoto, David Moeljadi & Farhan Athirah. 2024. Masalah Teknologi dan Isu Sosial Berkaitan Penggunaan ChatGPT dalam Bahasa Melayu. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya. 3: 1-23.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Panduan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Kemmis & McTaggart. 1988. The Action Research Planner. Deakin University Press.
Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Said, C. S., Mailok, R., Abdul Muttalib, M. F. H., Johan, R., Muhamad Adnan, M. H., & Abdul Rashid, N.. 2025. Sorotan Naratif ChatGPT dalam Pendidikan: Peluang, Cabaran dan Kebimbangan Etika. EDUCATUM Journal of Social Science. 11 (2): 58-67.
Mazliza Idani Mahmood, Nur Nadirah Nordin & Kamal Adli. 2024. Tahap Kesediaan Pelajar Menggunakan ChatGPT dalam Pembelajaran di Politeknik Kota Kinabalu. Proceeding Of International Conference on Engineering, Technology & Social Science (ICETSS).
Mohamad Shaufi Kambaruddin, Nor Idalaila & Afzanizam Alias. 2023. Penggunaan Aplikasi Chatgpt Dalam Kalangan Pelajar Dan Impak Kepada Institusi Tvet: Tinjauan Ke Atas Pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Jtmk) Di Politeknik Malaysia. NJIEA.
Muhammad Zaid Daud, Ismail, E., Mohd Azli, M. S., Omar, M. K. A.-R., Muhammad Jilli Asyraf, M. I. A., Mahmod, N. M., Mohamed Sultan, A. A.. 2024. Perspektif Mahasiswa Universiti Teknikal di Malaysia Terhadap Kecerdasan Buatan (AI) Sebagai Pemudah Cara Menyiapkan Tugasan Berbahasa Melayu. Innovative Teaching and Learning Journal. 8 (2): 183-198.
Nelfi Adiela & Helmi Norman, 2024. Persepsi Pelajar Pra-Universiti dalam Menggunakan AI Generatif: Kajian di Universiti Swasta Malaysia. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI 17 (2): 138-149.
Noorasmahwati Md & Sufian Mastor, 2024. Kesedian Pelajar Sijil Teknologi Maklumat Terhadap Penggunaan Aplikasi ChatGPT dalam Pembelajaran Pengaturcaraan: Satu Kajian di Kolej Komuniti Paya Besar. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH).
Nor Ain & Nur Farahkhanna, 2020. Analisis Penggunaan Kata Sendi Nama dalam Penulisan Berdasarkan Teori Kesalahan Bahasa. LSP International Journal. 7 (1): 39-59.
Nurul Adzwa Ahamad, Nur Farahkhanna, Norfaizah Abdul Jobar. 2020. Analsis Kesalahan Imbuhan dalam Penulisan Karangan Pelajar dan Hubung Kait Dari Segi Makna Gramatikal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 10 (1).
Siti Marwanis Anua, Chong , J. M., M. Nasir, J. N., Mohd Zamri, M. M., Lihat, N., & Gulpi, N. A. 2025. Isu Keselamatan dan Etika Penggunaan Kecerdasan Buatan. Journal of Energy and Safety Technology (JEST), 8 (1): 35-41.
Zafar. S., Farzana Shaheen & Javaria Rehan. 2024. Use of ChatGPT and Generative AI in Higher Education: Opportunities, Obstacles and Impact on Student Performance. iRASD Journal of Educational Research, 5 (1): 01-12
