KERANGKA PEDAGOGI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH MENENGAH
A PEDAGOGICAL FRAMEWORK FOR INHERITANCE MANAGEMENT IN ISLAMIC EDUCATION AT SECONDARY SCHOOLS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEPC.1164054Keywords:
Model 5 Mim (5 Mim Model), Pedagogi (Pedagogy), Pendidikan Islam (Islamic Education), Penghayatan Peranan Waris (Internalisation of Heirship Roles), Pengurusan Harta Pusaka (Inheritance Management)Abstract
Pengajaran pengurusan harta pusaka dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah lazimnya menumpukan kepada penguasaan hukum semata-mata, sedangkan aspek penghayatan peranan waris dalam kehidupan sebenar masih kurang diberikan perhatian secara sistematik. Keadaan ini berpotensi mewujudkan jurang antara kefahaman hukum syariah dengan penghayatan amanah dan tanggungjawab sebagai waris menurut syariah. Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, isu harta pusaka beku, pertikaian waris dan peningkatan harta tidak dituntut memperlihatkan keperluan kepada pendekatan pedagogi yang lebih holistik, kontekstual dan berorientasikan kehidupan sebenar. Kajian ini bertujuan mencadangkan satu kerangka pedagogi pengurusan harta pusaka dalam Pendidikan Islam berasaskan penghayatan peranan waris di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif menerusi kaedah kajian kepustakaan dan analisis dokumen terhadap kurikulum Pendidikan Islam, literatur pedagogi dan penulisan berkaitan pengurusan harta pusaka. Perbincangan turut mengaplikasikan Model 5 Mim sebagai asas pedagogi Pendidikan Islam dalam memperkukuh peranan guru bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi juga sebagai pembimbing penghayatan nilai, adab dan pembentukan insan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran yang terlalu berorientasikan hukum dan berpusatkan guru berpotensi mengehadkan penghayatan pelajar terhadap peranan dan amanah sebagai waris. Oleh itu, kajian ini mencadangkan satu kerangka pedagogi yang mengintegrasikan pembelajaran kontekstual, reflektif dan interaktif bagi memperkukuh penghayatan peranan waris serta aplikasi nilai syariah dalam kehidupan sebenar. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan pedagogi Pendidikan Islam yang lebih holistik dalam membentuk masyarakat Islam yang beramanah, bertanggungjawab dan sejahtera.
The teaching of Islamic inheritance management in secondary school Islamic Education commonly emphasises legal rulings and theoretical understanding, while the internalisation of heirship roles in real-life contexts receives limited systematic attention. This situation potentially creates a gap between students’ understanding of Shariah principles and their appreciation of the trust and responsibilities of heirs according to Islamic teachings. In the Malaysian Muslim context, issues such as frozen inheritance, inheritance disputes, and increasing unclaimed estates indicate the need for a more holistic, contextual, and life-oriented pedagogical approach. This study aims to propose a pedagogical framework for Islamic inheritance education based on the internalisation of heirship roles within secondary school Islamic Education. The study employs a qualitative design through library research and document analysis involving Islamic Education curriculum documents, pedagogical literature, and studies related to inheritance management. The discussion also applies the 5 Mim Model as an Islamic pedagogical foundation to strengthen the role of teachers not merely as transmitters of knowledge, but also as facilitators of value internalisation, moral formation, and holistic human development. The findings indicate that overly legalistic and teacher-centred instructional approaches may limit students’ appreciation of their roles and trust as heirs. Hence, this study proposes a pedagogical framework that integrates contextual, reflective, and interactive learning to strengthen the internalisation of heirship roles and the application of Shariah values in real-life situations. This study contributes to strengthening a more holistic Islamic Education pedagogy in developing trustworthy, responsible, and harmonious Muslim communities.
Downloads
References
Abdul Malek, N. A. (2022). Isu harta pusaka beku di Malaysia. Lex Read, November 2022, 19–22. UiTM Institutional Repository.
Alfusanah, F. (2023). Pengaruh model pembelajaran problem based learning (PBL) dengan pendekatan inkuiri terhadap pemahaman materi mawaris peserta didik kelas XI di MAN 1 OKU Timur (Skripsi Sarjana). Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung, Indonesia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan Islam tingkatan 4 dan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia.
FINCO. (2023). From classroom to career: Students’ post-SPM decision making. A survey on Malaysian students’ transition from Form 5. FINCO.
Ismail, N. A. B., Mohammed Noor, A., & Asni, F. (2024). Analisis isu dan konflik berkaitan pertikaian harta pusaka di Mahkamah Syariah. International Journal of Law, Government and Communication, 9(38), 96–110. https://doi.org/10.35631/IJLGC.938008
Kasmar, I. F., Amnda, V., Mutathahirin, Maulida, A., Sari, W. W., Putra, S., Anwar, F., Muhammad Taufan, & Engkizar. (2019). The concepts of mudarris, mu‘allim, murabbi, mursyid, muaddib in Islamic education. Khalifa Journal of Islamic Education, 3(2), 107–125.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pendidikan Islam Tingkatan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2026). Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mahad Musa, Z. (2018). Penyelesaian Kes Faraid Berangkai Melalui Pendekatan Al-Munasakhah: Tumpuan Kes Faraid Dalam Mazhab Syafie: [Settlement of The Successive Deaths Through Approach of Al-Munasakhah: A Focus on Faraid Cases in Shafii Sect]. Ulum Islamiyyah, 25, 41–53. https://doi.org/10.33102/uij.vol25no0.135
Nadzari, N. N. (2025, July 21). RM90b harta pusaka tak dituntut ancam ekonomi domestik. Utusan Malaysia. Utusan Malaysia
Nik Wajis, N. R., Mutalib, L. B. A., Rahman, A. A., Sahid, M. M., Nik Salleh, N. S. S., Rusli, M. H. M., ... Ahmad, A. S. (2018). Harta tidak dituntut: Punca dan kaedah penyelesaiannya. Malaysian Journal of Syariah and Law, 7, 129–141.
Roslan, N. F., & Ahmad, A. A. (2022). Pentadbiran harta pusaka dan implikasi negatif harta tidak dituntut. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001453. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1453
Saiman, M. Z., & Romeyzee, M. D. F. (2024). Unclaimed money in Islamic inheritance: A case study at Amanah Raya Berhad. Sains Insani.
Sulong, J., & Ismail, Z. (2020). Pengajian ilmu faraid di Malaysia: Kajian penawaran kursus di institusi pengajian tinggi terpilih. The Online Journal of Islamic Education, 8(1), 40–50.
Tamuri, A. H. (2015). Standardization of Islamic education excellence in the world. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1(2), 109–120.
Tamuri, A. H. (2021). Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berasaskan konsep 5 Mim di sekolah-sekolah menengah agama di Indonesia. Jurnal YADIM: International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 1(1), 1–24.
Wan Abdullah, W. A. A., Abdul Razak, K., & Hamzah, M. I. (2021). Model guru pendidikan Islam komprehensif. ASEAN Comparative Education Research Journal (ACER-J), 4(1), 74.
Wan Abdullah, W. A. A., Mohd Zhaffar, N., Abdul Razak, K., & Hamzah, M. I. (2021). Konsep lima mim: Persepsi pelajar terhadap guru inovatif Pendidikan Islam. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 6(2), 35–43. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i2.6978
Wildani. (2024). Pengembangan e-modul berbasis contextual teaching and learning (CTL) pada materi ketentuan hukum waris dan wasiat kelas XI di Madrasah Aliyah Negeri 4 Aceh Besar (Skripsi Sarjana). Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh, Indonesia.
Zulkifli, M. H., Ramli, I., & Ramlie, H. A. (2025). Perbezaan keberkesanan kaedah PAK-21 dan tradisional dalam pengajaran guru Pendidikan Islam. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities (QJSSH),
