ANALISIS KEROSAKAN KUBU PEPERANGAN TINGGALAN BRITISH PADA ZAMAN PEPERANGAN DUNIA KE II DI KAMPUNG GER, BACHOK, KELANTAN

Authors

  • Nur Athmar Hashim Universiti Malaysia Kelantan
  • Siti Aisyah Muhammad Universiti Malaysia Kelantan
  • Tengku Fauzan Tengku Anuar Universiti Malaysia Kelantan
  • Mohd Mokhtar Saidin Universiti Sains Malaysia
  • Suresh Narayanen Universiti Sains Malaysia
  • Nur Farhana Shuhaimi Universiti Malaysia Kelantan

Keywords:

Jenis-Jenis Kerosakan, Kubu Peperangan, Kampung Ger, Bachok, Analisis XRF

Abstract

Kubu merupakan sebuah tempat perlindungan atau pertahanan yang dibina khusus bagi mempertahankan sesuatu kawasan daripada serangan pihak musuh. Pihak tentera akan mencari tempat perlindungan atau berkubu untuk mempertahankan kawasan atau petempatan daripada serangan musuh dari pelbagai arah seperti serangan udara dan serangan darat dengan membina sendiri samada dengan menggali lubang, membuat dinding besi, dinding pasir atau konkrit bergantung kepada tujuan dan jangkamasa penggunaannya. Kubu peperangan juga memainkan peranan penting dalam strategi pertahanan statik bagi setiap pasukan ketenteraan untuk mematahkan serangan musuh. Walaubagaimanapun, pada hari ini kubu peperangan yang terdapat di Kampung Ger, Bachok yang berkoordinat N6.001235 ° E102.429801 ° telah mengalami beberapa kerosakan yang lama kelamaan akan menyebabkan berlakunya kemusnahan. Penyelidikan yang menggunakan kaedah yang bersistematik seperti catatan, pemerhatian, dan pengambilan gambar telah mengenalpasti jenis-jenis kerosakan yang telah dialami oleh monumen ini. Melalui analisis XRF juga dapat membuktikan bahawa kandungan mineral yang terdapat dalam binaan kubu ini juga telah mempengaruhi kerosakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-18

How to Cite

Nur Athmar Hashim, Siti Aisyah Muhammad, Tengku Fauzan Tengku Anuar, Mohd Mokhtar Saidin, Suresh Narayanen, & Nur Farhana Shuhaimi. (2024). ANALISIS KEROSAKAN KUBU PEPERANGAN TINGGALAN BRITISH PADA ZAMAN PEPERANGAN DUNIA KE II DI KAMPUNG GER, BACHOK, KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF HERITAGE, ART AND MULTIMEDIA (IJHAM), 4(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijham/article/view/901