SISTEM AKUAPONIK DARI SUDUT KESIHATAN KEPADA MANUSIA: SATU KAJIAN LITERATUR
Abstract
Sistem akuaponik yang menggabungkan ternakan haiwan akuatik dan tanaman sayuran merupakan satu teknologi akuakultur yang mempunyai banyak kebaikan. Ternakan dan tanaman yang digunakan dalam sistem ini saling bergantungan antara satu sama lain dalam menghasilkan produk yang sihat dan bebas dari sebarang penggunaan bahan kimia yang merbahaya. Sistem ini menggunakan sepenuhnya air sebagai media tanaman utama. Jika dilihat dalam pertanian konvensional yang menggunakan tanah sebagai media tanaman, terdapat beberapa masalah utama dalam kaedah tersebut antaranya berkenaan pencemaran tanah, kemerosotan kesuburan tanah, penggunaan racun dan bahan kimia yang berlebihan, dan isu berkenaan kebersihan produk yang dihasilkan. Ianya amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem akuaponik yang menghasilkan produk dari sumber organik dan tidak merbahaya. Justeru objektif penulisan ini adalah untuk membincangkan dengan lebih jelas berkaitan penggunaan sistem akuaponik dan kelebihan yang boleh diperoleh dari sistem ini terutamanya dari sudut kesihatan kepada kehidupan manusia. Kaedah penulisan ini berbentuk kualitatif berasaskan kajian dan penyelidikan yang terdahulu menerusi dokumen dari koleksi jurnal, artikel ilmiah, tesis dan buku-buku yang berkaitan dengan perbincangan mengenai kebaikan sistem akuaponik. Hasil penulisan mendapati bahawa sistem akuaponik dapat memberikan kebaikan terhadap kesihatan melalui dua perspektif iaitu pandangan dari sudut tuntutan agama islam, dan dikuatkan dengan dapatan dari kajian saintifik. Sistem ini didapati selaras dengan tuntutan Islam dan maqasid syariah dalam memelihara nyawa di mana kualiti penyelenggaraan dan air yang digunakan dalam sistem ini terhindar dari bahan-bahan tercemar dan menjamin tahap kebersihan hasil. Ianya diperkuatkan lagi dengan kajian saintifik yang menunjukkan bahawa hasil tumbuhan yang diperoleh dari sistem ini tidak terdedah kepada najis ikan atau patogen yang merbahaya kepada kesihatan manusia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Shafik Mohd Samsi, Mohd Zuhaili Kamal Basir, & Norliza Gerunsin. (2024). SISTEM AKUAPONIK DARI SUDUT KESIHATAN KEPADA MANUSIA: SATU KAJIAN LITERATUR. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 5(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijirev/article/view/3999
Issue
Section
Articles