KE ARAH PENGURUSAN KAWASAN PERLINDUNGAN MARIN YANG LESTARI: PERSPEKTIF TEMUBUAL MENDALAM BERSAMA SAINTIS
Abstract
Usaha-usaha memperluaskan Kawasan Perlindungan Marin (MPA) adalah sangat penting untuk memastikan penjanaan sumber hasil lautan dan punca pendapatan yang berterusan. Kesihatan dan kualiti ekosistem marin perlu dipelihara dan dipulihara bagi memastikan ekosistem marin ini dapat terus membekalkan sumber dan perkhidmatan seperti perikanan, peluang pelancongan dan rekreasi, serta perlindungan dari bencana seperti perubahan iklim, hakisan dan tsunami. Perlu ditekankan bahawa MPA ini tidak bermakna akses kepada kawasan persisiran pantai dan lautan ditutup serta pelaksanaan sebarang aktiviti dihalang sepenuhnya. Sebaliknya, mekanisme kawalan akan diterapkan bagi memastikan aktiviti sosio-ekonomi berimpak rendah dapat dijalankan secara lestari dan sebarang pembangunan serta penggunaan sumber yang tidak terkawal dapat dipantau. Kajian ini meneliti perkara yang mempengaruhi perancangan semasa pengurusan kelestarian di taman laut dalam usaha untuk memperluaskan rangkaian MPA disamping mengekalkan kelestarian MPA sedia ada. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini melalui temubual mendalam bersama saintis-saintis yang terlibat dalam kajian taman laut bersama Jabatan Perikanan. Hasil kajian mendapati bahawa tadbir urus yang efektif dan penguatkuasaan peraturan yang tegas boleh memacu kepada kejayaan pengurusan MPA yang lestari seterusnya mampu menambah bilangan MPA. Justeru itu, terdapat advokasi penambahbaikan terutamanya dari perspektif pengurusan di mana informan kajian mencadangkan konsep pengurusan seascape iaitu pendekatan pengurusan berdasarkan perkhidmatan ekosistem kawasan marin. Tanggungjawab kelestarian MPA ini tidak terserah sepenuhya kepada institusi kerajaan semata-mata tetapi memerlukan usaha dan kerjasama pelbagai pihak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Darwinah Darwin Lim, & Nor Hasni Osman. (2024). KE ARAH PENGURUSAN KAWASAN PERLINDUNGAN MARIN YANG LESTARI: PERSPEKTIF TEMUBUAL MENDALAM BERSAMA SAINTIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 5(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijirev/article/view/4001
Issue
Section
Articles