PENGGUNAAN KONSEP AKRONIM DALAM MENINGKATKAN KEUPAYAAN PELAJAR MENGIRA SISTEM BEKALAN AIR SEJUK: SATU KAJIAN TINDAKAN

Authors

  • Lukman Nul Hakim Md Terasid Department of Civil Engineering, Politeknik Kuching, Sarawak
  • Muhammad Hanis Ali Department of Civil Engineering, Politeknik Kuching, Sarawak
  • Anizawati Mukhtar Department of Information & Communication Technology, Politeknik Kuching, Sarawak

Abstract

Sistem pendidikan berasaskan hasil (OBE) kini banyak dipraktikkan di institusi pengajian tinggi. Ianya adalah satu kaedah dimana pengajaran adalah tertumpu kepada apa yang pelajar boleh lakukan selepas mereka diajar. Hal ini termasuk penyampaian kursus Plumbing Services (DCB20053) di Politeknik Kuching Sarawak bagi program Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB) yang mengkehendaki mereka untuk menentukan saiz paip yang akan mereka pasang pada bangunan dalam salah satu kadungan silibus mereka. Pelajar didapati sukar untuk mengingati langkah pengiraan dan keliru untuk menggunakan jadual pengiraan yang terkandung di dalam silibus tersebut. Pembangunan konsep akronim dalam pengiraan sistem bekalan air sejuk berupaya untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan berupaya mengaplikasikan pengiraan dan aturan yang betul semasa melakukannya. Konsep ini dirangka bagi meningkatkan pencapaian pelajar di dalam pentaksiran berterusan, peperikasaan akhir seterusnya dapat membezakan pencapaian pelajar sebelum dan selepas aplikasi akronim dilakukan. Sampel yang diambil adalah pelajar yang berada semester 2 iaitu kelas DPB2A di Politeknik Kuching Sarawak. Tempoh kajian yang dilaksanakan adalah sepanjang tahun 2023 dimana kita melihat pencapaian pelajar dalam dua sesi pengajian iaitu sesi 1: 2022/2023 dan sesi 2: 2022/2023. Hasil dapatan kajian mendapati peningkatan pelajar dalam penilaian ujian 1 melebihi 50% adalah seramai 12 orang. Manakala peningkatan purata markah bagi ujian 1 telah meningkat sebanyak 2.29. Bagi sesi 1: 2022/2023 markah tertinggi yang diperolehi dalam ujian 1 adalah 16/20 manakala bagi sesi 2: 2022/2023 markah tertinggi yang diperolehi adalah 20/20.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Lukman Nul Hakim Md Terasid, Muhammad Hanis Ali, & Anizawati Mukhtar. (2024). PENGGUNAAN KONSEP AKRONIM DALAM MENINGKATKAN KEUPAYAAN PELAJAR MENGIRA SISTEM BEKALAN AIR SEJUK: SATU KAJIAN TINDAKAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 5(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijirev/article/view/4020