PENILAIAN FAKTOR CAHAYA SIANG DI BILIK KULIAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Authors

  • Muhammad Hanis Ali Politeknik Kuching Sarawak, Sarawak
  • Mazlin Wellington Politeknik Mukah, Sarawak
  • Lukman Nul Hakim Md Terasid Politeknik Kuching Sarawak, Sarawak
  • Norain Ali Politeknik Kuching Sarawak, Sarawak

Abstract

Bentuk perihalan termudah bagi taburan, penembusan dan keamatan cahaya siang hari dinamakan Faktor Cahaya Siang (Daylight Factor (DF)) yang terhasil daripada cahaya semulajadi (cahaya matahari), nilai DF ditulis dalam bentuk peratusan. Nilai ini ialah nisbah kecerahan dalaman pada satu titik dalam sesuatu ruang kepada kecerahan luaran semulajadi pada permukaan mendatar. Sebagai panduan, kecerahan di dalam bangunan dan taburan bersekutu boleh diklasifikasikan mengikut faktor cahaya siang hari semulajadi. Faktor cahaya siang hari semulajadi yang diperlukan ialah pencahayaan, silau dan keselesaan termal. Aspek pencahayaan dan hiasan bilik darjah yang boleh menggalakkan ketidakselesaan dan menjejaskan prestasi tugas disebabkan oleh silau, dan kelipan (gelombang pencahayaan melebihi100 Hz) yang tidak dapat dilihat daripada lampu pendarfluor. Fokus kajian adalah untuk mengukur tahap pencahayaan siang hari semulajadi di dalam bilik darjah. Tujuan utama kajian dibuat adalah disebabkan rungutan pelajar keadaan bilik kuliah silau dan kurang selesa. Peralatan yang digunakan ialah lux meter, anemometer dan meter ukur. Hasil kajian menunjukkan bilik kuliah mempunyai kadar pencahayaan yang memenuhi piawaian, silau yang tidak dapat dilihat dan boleh diterima untuk keselesaan termal. Keadaan langit semasa kajian dibuat adalah dalam keadaan mendung 100% dengan litupan awan. Purata pencahayaan di bilik kuliah ialah 276.5lux di dalam situasi langit adalah mendung (standard 5000-20000 lux) dan faktor cahaya siang (DF) hari adalah 1.2 berada di dalam julat 1.00 hingga 3.5. Kesimpulan untuk kajian ini menunjukkan faktor cahaya siang hari daripada cahaya semulajadi di dalam bilik kuliah di Bangunan akademik Politeknik Kuching Sarawak mencapai piawaian yang boleh diterima bagi pencahayaan, silau dan keselesaan termal, merujuk kepada piawaian MS1525 dan CIBSE A.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Muhammad Hanis Ali, Mazlin Wellington, Lukman Nul Hakim Md Terasid, & Norain Ali. (2024). PENILAIAN FAKTOR CAHAYA SIANG DI BILIK KULIAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 5(15). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijirev/article/view/4021