SISTEM 2.04kWp OFF-GRID CONNECTED PHOTOVALTAIC DI POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL SEBAGAI MEDIUM PENILAIAN PRAKTIKAL BAGI KURSUS POWER SYSTEM
Abstract
Salah satu agenda Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara atau National Energy Transition Roadmap (NETR) adalah mengurangkan jejak karbon yang merupakan pemangkin untuk mengubah ekonomi ke arah yang lebih mampan. Usaha ini menggalakkan lagi kepesatan pembangunan industri teknologi solar di Malaysia. Pihak Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pula merangka pelbagai program di bawah strategi Blueprint POLYgreen politeknik sebagai tanda sokongan ke arah teknologi hijau negara. Justeru, model ADDIE digunakan dalam reka bentuk instruksional dalam membangunkan penilaian praktikal kursus Power System bagi subtopik Renewable Energy(RE) tenaga solar berdasarkan silibus kurikulum terkini yang berkuatkuasa. Sistem 2.04kWp Off-Grid Connected Photovoltaic (OGPV) di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) digunakan sebagai medium pembelajaran bagi kajian ini. Hasil dapatan dan perbincangan berkisarkan kepada tiga objektif yang disasarkan, objektif pertama ialah mengkaji sistem 2.04kWp OGPV di PTSN, objektif kedua pula membangunkan penilaian praktikal bagi kursus Power System berdasarkan sistem 2.04kWp OGPV di PTSN dan objektif ketiga mencadangkan pembelian alat pengujian penilaian praktikal bagi kursus Power System berdasarkan sistem 2.04kWp OGPV di PTSN. Secara keseluruhannya, pemurnian pembangunan penilaian praktikal ini adalah atas dasar menyediakan graduan yang dapat menempatkan diri dalam pasaran kerja menggunakan teknologi terkini terutamanya bidang industri tenaga solar. Usaha ini juga bagi melahirkan pekerja yang kompeten dan berpengetahuan tunjang kepada pembangunan kelestarian negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Noraini Harun, Nur Fadhlina Ahmad Fuad, & Zuraini Mohd Safuan. (2024). SISTEM 2.04kWp OFF-GRID CONNECTED PHOTOVALTAIC DI POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL SEBAGAI MEDIUM PENILAIAN PRAKTIKAL BAGI KURSUS POWER SYSTEM. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 6(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijirev/article/view/4031
Issue
Section
Articles