ANALISA DISKRIPTIF PENCAPAIAN KURSUS DCG10022 SURVEYING COMPUTATION MENGIKUT TOPIK BAGI PROGRAM DIPLOMA GEOMATIK POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Authors

  • Mohd Fadli Che Adenan Department of Civil Engineering, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi memenuhi kehendak semakan kurikulum bagi kursus DCG10022 Surveying Computation di peringkat JPPKK yang perlu dilaksanakan supaya kitaran proses dalam OBE dapat disempurnakan. Proses penambahbaikan bagi kurikulum sedia ada berlaku apabila kelemahan dan kekurangan sebelum ini dapat dibaiki. Selain dari maklumbalas dari pensyarah, cadangan daripada industri dan pemegang taruh yang lainnya, keputusan pelajar juga menjafi input utama dalam proses semakan kurikulum ini. Keputusan pencapaian pelajar dibahagikan kepada beberapa kategori seperti pencapaian mengikut CLO, mengikut jenis penilaian dan juga mengikut topik. Dalam proses semakan kursus mengikut topik, penilaian mengikut topik akan diperhalusi berdasarkan kesesuaian topik, aras kesukaran topik atau kepentingan topik. Analisis dilakukan berdasarkan kaedah analisis deskriptif iaitu penentuan nilai kecenderungan memusat seperti purata, mod, median dan tengah julat. Selain itu nilai serakan seperti varian, sisihan piawai dan julat juga diperoleh. Daripada analisis yang telah dilaksanakan mendapati bahawa untuk ukuran kecenderungan memusat, topik 4 menunjukkan nilai yang terendah dengan 35% manakala bagi ukuran serakan, topik 2 menghasilkan sisihan piawai yang paling besar iaitu ±26%. Topik 3-pula menunjukkan pencapaian yang memberangkan bagi kedua-dua ukuran kecenderungan memusat dan serakan. Hasil analisis akan menjadi input berguna dalam prosess CQI bagi kursus ini yang akan digunapakai pada penghujung tahun 2024.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Fadli Che Adenan. (2024). ANALISA DISKRIPTIF PENCAPAIAN KURSUS DCG10022 SURVEYING COMPUTATION MENGIKUT TOPIK BAGI PROGRAM DIPLOMA GEOMATIK POLITEKNIK KUCHING SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 6(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijirev/article/view/4036