FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NIAT PEMILIHAN KENDERAAN ELEKTRIK: SATU KAJIAN DESKRIPTIF
FACTORS INFLUENCING THE INTENTION TO CHOOSE ELECTRIC VEHICLES: A DESCRIPTIVE STUDY
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJIREV.722051Keywords:
Kenderaan Elektrik (Electric Vehicles), Keprihatinan Terhadap Alam Sekitar (Environmental Concern), Manfaat Ekonomi (Economic Benefits), Julat Harga (Price Range), Kesediaan Infrastruktur (Infrastructure Readiness)Abstract
Kenderaan elektrik (EV) merupakan alternatif pengangkutan yang digerakkan oleh motor elektrik berkuasa bateri atau sel bahan api, berbeza daripada kenderaan konvensional yang bergantung kepada enjin petrol atau diesel. Walaupun EV menawarkan pelbagai kelebihan dari segi kelestarian dan pengurangan pencemaran alam sekitar, kos pembelian yang masih tinggi berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman menjadi halangan utama penggunaannya. Kajian deskriptif ini dijalankan bagi meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi niat pemilihan EV dalam kalangan penduduk di Pengkalan Chepa, Kelantan. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 375 responden. Instrumen kajian menumpukan kepada empat faktor utama, iaitu keprihatinan terhadap alam sekitar, julat harga, manfaat ekonomi, dan kesediaan infrastruktur. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui kaedah statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan frekuensi, peratusan, dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor keprihatinan terhadap alam sekitar dan kesediaan infrastruktur merupakan elemen dominan yang mendorong niat pemilihan EV. Walau bagaimanapun, faktor harga kekal menjadi penghalang utama bagi majoriti responden untuk membuat keputusan pembelian. Persepsi terhadap manfaat ekonomi pula didapati memberikan pengaruh sederhana terhadap kecenderungan pemilihan EV. Dapatan ini penting kerana ia memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kecenderungan masyarakat terhadap EV dalam konteks tempatan. Selain itu, hasil kajian juga boleh dijadikan rujukan oleh kerajaan, pengeluar automotif, dan pembuat dasar dalam merangka strategi insentif kewangan, kempen kesedaran, serta pembangunan infrastruktur sokongan yang lebih menyeluruh. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada usaha mempercepatkan penerimaan EV dalam kalangan masyarakat sekali gus menyokong agenda pembangunan lestari negara.
Electric vehicles (EVs) represent an alternative mode of transportation powered by electric motors using batteries or fuel cells, in contrast to conventional vehicles that rely on petrol or diesel engines. Although EVs offer significant advantages in terms of sustainability and reducing environmental pollution, their higher purchase cost compared to internal combustion engine vehicles remains the primary barrier to wider adoption. This descriptive study was conducted to examine the factors influencing the intention to adopt EVs among residents in Pengkalan Chepa, Kelantan. The study employed a quantitative approach through the distribution of questionnaires to 375 respondents. The research instrument focused on four key factors: environmental concern, price range, economic benefits, and infrastructure readiness. Data collected were analyzed using SPSS software with descriptive statistical techniques, including frequency, percentage, and mean calculations. The findings indicate that environmental concern and infrastructure readiness are the dominant elements influencing the intention to adopt EVs. However, price remains the main barrier for the majority of respondents in making purchasing decisions. Perceptions of economic benefits were found to have a moderate influence on the inclination to choose EVs. These findings are significant as they provide clearer insights into public attitudes toward EV adoption within the local context. Furthermore, the results may serve as a reference for the government, automotive manufacturers, and policymakers in designing financial incentive strategies, awareness campaigns, and more comprehensive infrastructure development. Overall, this study contributes to efforts to accelerate EV adoption among the public, thereby supporting the national sustainable development agenda.
