KECEKAPAN LOGISTIK KEMANUSIAAN DALAM MENANGANI KRISIS BANJIR: KAJIAN KES DI UMK KAMPUS KOTA

HUMANITARIAN LOGISTICS EFFICIENCY IN MANAGING FLOOD CRISIS: A CASE STUDY AT UMK CITY CAMPUS

Authors

  • Ainon Ramli Faculty of Entrepreneurship and Business, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • Rosmaizura Mohd Zain Faculty of Entrepreneurship and Business, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • Mohd Zaimmudin Mohd Zain Faculty of Creative Technology and Heritage, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
  • Mohammad Nizamuddin Abdul Rahim Faculty of Entrepreneurship and Business, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysiay

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJIREV.723007

Keywords:

Logistik Kemanusiaan (Humanitarian Logistics), Bantuan Banjir (Flood Relief), Pengagihan Bekalan (Supply Distribution), Peruntukan Sumber (Resource Allocation), Universiti Malaysia Kelantan

Abstract

Banjir merupakan bencana alam yang berulang di Malaysia, yang menyebabkan kemusnahan teruk dan krisis kemanusiaan. Logistik kemanusiaan yang berkesan memainkan peranan penting dalam penyampaian bantuan asas yang cepat dan berkesan ke kawasan bencana. Fokus kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan logistik kemanusiaan dalam bantuan banjir di Kampus Kota, UMK. Untuk tujuan itu, kajian ini meneroka hubungan antara pembolehubah bersandar (keberkesanan pengagihan bekalan dalam bantuan kemanusiaan) dengan empat pembolehubah bebas (keparahan banjir, penyelarasan organisasi, teknologi dalam bantuan banjir dan strategi kesiapsiagaan sebelum bencana). Kajian ini menggunakan pensampelan bukan kebarangkalian (pensampelan bertujuan) dan soal selidik dijalankan secara dalam talian ke atas 364 responden menggunakan Google Form. Analisis data secara kuantitatif telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian SPSS versi 30. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara statistik dan positif antara keberkesanan pengagihan bekalan dengan tiga pembolehubah iaitu keparahan banjir, penyelarasan organisasi, dan strategi kesiapsiagaan sebelum bencana. Penemuan ini menekankan keperluan kritikal terhadap perancangan yang proaktif, integrasi teknologi yang lancar, serta kerjasama yang kukuh dalam kalangan pihak berkepentingan untuk meningkatkan keupayaan pengurusan banjir. Walaupun kajian ini mempunyai beberapa keterbatasan, ia memberikan pandangan yang berguna kepada UMK, pembuat dasar, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kecekapan logistik dan memperbaiki usaha tindak balas di kawasan yang terdedah kepada banjir.

Flooding is a recurring natural disaster in Malaysia, causing severe destruction and humanitarian crises. Effective humanitarian logistics play a vital role in the rapid and efficient delivery of essential aid to disaster-affected areas. The focus of this study is to analyze the factors that influence the effectiveness of humanitarian logistics in flood relief efforts at UMK City Campus. To achieve this objective, the study explores the relationship between the dependent variable (effectiveness of supply distribution in humanitarian aid) and four independent variables (flood severity, organizational coordination, technology in flood relief, and pre-disaster preparedness strategies).  This study employed a non-probability sampling method (purposive sampling), and data were collected online from 364 respondents using a Google Form questionnaire. Quantitative data analysis was conducted using SPSS software version 30. The findings revealed a statistically significant and positive relationship between the effectiveness of supply distribution and three variables: flood severity, organizational coordination, and pre-disaster preparedness strategies.  These findings highlight the critical need for proactive planning, seamless technology integration, and strong collaboration among stakeholders to enhance flood management capabilities. Although this study has certain limitations, it provides valuable insights for UMK, policymakers, and non-governmental organizations (NGOs) to improve logistics efficiency and strengthen response efforts in flood-prone areas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-08

How to Cite

Ramli, A., Zain, R. M., Zain, M. Z. M., & Abdul Rahim, M. N. (2025). KECEKAPAN LOGISTIK KEMANUSIAAN DALAM MENANGANI KRISIS BANJIR: KAJIAN KES DI UMK KAMPUS KOTA: HUMANITARIAN LOGISTICS EFFICIENCY IN MANAGING FLOOD CRISIS: A CASE STUDY AT UMK CITY CAMPUS. INTERNATIONAL JOURNAL OF INNOVATION AND INDUSTRIAL REVOLUTION (IJIREV), 7(23), 95–110. https://doi.org/10.35631/IJIREV.723007