KONTEKS DAN METODE DALAM PENYELIDIKAN MEDIA: STATUS SEMASA, PERUBAHAN DAN TREND
Abstract
Artikel ini membincangkan mengenai kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti konteks dan metode penyelidikan media di seluruh dunia berdasarkan artikel-artikel akademik yang diterbitkan dalam pangkalan data akademik dalam talian. Artikel ini turut membincangkan konteks yang difokuskan dalam kajian media terdahulu, serta metode kajian melalui pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan penelitian literatur diaplikasikan bagi mengenal pasti konteks dan metode yang digunakan oleh penyelidikan media sepanjang tahun 2002 hingga 2012 berdasarkan artikel-artikel yang diterbitkan dalam pangkalan data akademik yang dilanggan oleh Perpustakaan Universiti Utara Malaysia. Akses terhadap empat pangkalan data dengan menggunakan kata kunci yang berkaitan telah menghasilkan carian sebanyak 2,366 artikel penyelidikan media yang diterbitkan di dalam 951 kategori jurnal untuk tempoh tahun 2002 hingga 2012. Hasil analisis mendapati wujud pelbagai konteks dan metode dalam kajian media sepanjang tempoh tahun 2002 hingga 2012. Kepelbagaian konteks kajian media ini terbina berdasarkan beberapa aspek iaitu kategori atau jenis media yang dikaji, bidang tumpuan kajian dan isu-isu semasa dalam fenomena kajian. Sementara itu, kepelbagaian metode pula merangkumi perspektif kualitatif dan kuantitatif. Majoriti kajian media yang dijalankan melalui pendekatan kualitatif tertumpu kepada metode temubual dan kajian kes. Metode lain yang turut dijalankan dalam kajian kualitatif ialah pemerhatian lapangan, tinjauan, kumpulan fokus, perbincangan, etnografi, dan penyertaan. Dari segi pendekatan kuantitatif, terdapat peningkatan jumlah kajian media yang menggunakan kajian keratan rentas, sementara eksperimen, walaupun menjadi salah satu kaedah utama dalam kajian media, mencatatkan penurunan penggunaan dalam tempoh 10 tahun. Longitudinal dan kajian tindakan mencatatkan bilangan penggunaan yang sangat kecil dalam kajian media. Dapatan kajian juga menunjukkan perkembangan teknologi yang memperlihatkan kemunculan pelbagai bentuk media baharu tidak memberi kesan yang ketara terhadap penggunaan metode-metode ini dalam kajian media.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Mohd Sobhi Ishak, Azahar Kasim, Awan Ismail, & Norsiah Abdul Hamid. (2024). KONTEKS DAN METODE DALAM PENYELIDIKAN MEDIA: STATUS SEMASA, PERUBAHAN DAN TREND. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 3(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/1920
Issue
Section
Articles